Utusan Borneo (Sarawak)

Sungai Sebab selesai dibersih dan didalamkan

-

BINTULU: Kerja-kerja pembersiha­n dan mendalamka­n Sungai Sebab di kawasan belakang Kampung Kemunting, Jalan Sebiew oleh Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menangani masalah banjir kilat di kampung berkenaan telah siap berdasarka­n perkembang­an kerja terbaharu.

Perkara tersebut dijelaskan kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melalui maklum balas oleh Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid tentang laporan berita projek itu yang disiarkan Utusan Borneo semalam.

Sebelum itu lawatan pemeriksaa­n telah dibuat kelmarin oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Jepak dan agensi-agensi kerajaan membabitka­n Jabatan Pengairan dan Saliran, Pentadbira­n Bahagian Bintulu (Pejabat Residen dan Daerah Bintulu), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU), ketua-ketua masyarakat dan penduduk Kampung Kemunting.

Ia bertujuan memeriksa pembinaan sistem perparitan yang bersistema­tik untuk kawasan rumah yang terlibat dengan jajaran pembinaan Junction 9 Apartment oleh pemaju projek BGC Developmen­t Sdn Bhd.

Pemantauan bagi projek pembersiha­n dan mendalam Sungai Sebab oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Bintulu sebagai satu tindakan lanjut bagi pengurusan bencana banjir kilat di Kampung Kemunting serta pemeriksaa­n dan pemantauan ke atas utiliti berkaitan penyambung­an paip dari meter hingga ke rumah kediaman yang merentasi lokasi tapak pembinaan serta isu-isu yang berkaitan dengan LAKU Bintulu.

 ??  ?? LEBIH BAIK: Sungai Sebab di kawasan belakang Kampung Kemunting telah dibersih dan dikorek lebih dalam oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Bintulu untuk memudahkan air mengalir tanpa sekatan, sekali gus diharap mampu mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung berkenaan.
LEBIH BAIK: Sungai Sebab di kawasan belakang Kampung Kemunting telah dibersih dan dikorek lebih dalam oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Bintulu untuk memudahkan air mengalir tanpa sekatan, sekali gus diharap mampu mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia