Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Ukur Bahan KLT lawat tapak rumah kedai

-

SIBU: Jabatan Ukur Bahan Kolej Laila Taib (KLT) telah mengadakan lawatan tapak pendidikan ke rumah kedai di Jalan Wong King Huo di sini, baru-baru ini.

Lawatan selama sejam setengah itu disertai 24 g pelajar dan dua pensyarah daripada Jabatan Ukur Bahan.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar tentang pembelajar­an luar yang sebenar mengenai ukur bahan.

Selain itu, mendapatka­n pengetahua­n dan pengalaman tentang pembinaan rumah kedai.

Projek berkenaan dibangunka­n Tang Yu Chiang Constructi­on Sdn Bhd yang terdiri daripada dua blok rumah kedai.

Blok pertama terdiri daripada 10 unit meliputi lima unit rumah kedai empat tingkat dan lima unit rumah kedai tiga tingkat, selain blok dua yang terdiri daripada sembilan unit rumah kedai tiga tingkat.

Lawatan tapak itu diketuai wakil Tang Yu Chiang Constructi­on Sdn Bhd yang menjelaska­n kepada para pelajar tentang pelbagai elemen bangunan yang terdapat di tapak tersebut.

Wakil syarikat itu turut memperkena­lkan pelajar kepada susunan ruang kerja kolum dan juga pelbagai bar tetulang yang digunakan.

Di samping itu, para pelajar juga mempunyai pengalaman melakukan sendiri fabrik sangkar tetulang untuk lajur dan rasuk dari lawatan tapak.

Lawatan itu sememangny­a memberi pendedahan dan membuka minda kepada para pelajar dalam bidang pembinaan bangunan sebenar.

 ??  ?? LIHAT SENDIRI: Para pelajar ketika melawat tapak tersebut.
LIHAT SENDIRI: Para pelajar ketika melawat tapak tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia