Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Teo saran Belanjawan Negeri 2020 dikaji semula

-

MIRI: Belanjawan Negeri 2020 memerlukan kajian semula atau ia tidak memberi makna kepada rakyat, jelas Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo.

Katanya belanjawan kali ini berbeza dengan sebelumnya dengan kenaikan RM2 bilion yang memerlukan kajian semula.

“Apa yang penting dalam belanjawan berkenaan ialah bagaimana wang dibelanjak­an.

“Belanjawan tersebut tidak memberi apa-apa makna sekiranya tidak mempunyai prosedur yang betul.

“Ia perlu dikaji semula dan memastikan setiap belanjawan berkenaan digunakan sebaiknya agar rakyat dapat melihat manfaat yang mereka boleh perolehi daripada belanjawan yang telah dibentangk­an,” ujarnya.

Dr Teo berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas mengenai Belanjawan Negeri 2020, selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Kokurikulu­m Sekolah Kebangsaan Jalan

Bintang di pusat beli-belah Boulevard di sini, kelmarin.

Sebagai contoh jelas Dr Teo, sekiranya mencadangk­an belanjawan untuk bangunan hospital tetapi selepas diumumkan belanjawan terbabit tidak menjadi kenyataan, ia tetap tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat.

“Belanjawan negeri ini seperti bajet untuk pilihan raya iaitu mereka hanya melakukann­ya secara tiba-tiba sekarang yang sepatutnya perlu dilaksanak­an beberapa tahun sebelum ini,” soalnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia