Utusan Borneo (Sarawak)

Lembaga Pengurusan SM Wong Nai Siong lawat China 13-16 November

-

SIBU: Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong akan mengadakan lawatan pendidikan ke Lu Xun Middle School di bandar Xianning, Hubei, China pada 13 hingga 16 November ini.

Rombongan yang diketuai Pengerusin­ya Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming turut disertai Pengetua Lu Yew Hiing dan ahli-ahli Persatuan Bekas Pelajar SM Wong Nai Siong.

Lau berkata delegasi akan mengadakan sesi dialog pendidikan dengan Lu Xun Middle School untuk pertukaran pendidikan dengan negara China di samping mengeratka­n hubungan persahabat­an.

“Kita juga akan menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Lu Xun Middle School dan merancang melakukan program pertukaran pelajar dan guru,” jelasnya.

Lau memberitah­u, SM Wong Nai Siong telah menjalin hubungan persahabat­an pendidikan dengan empat sekolah di negara China sejak penubuhan sekolah itu.

Bandar Sibu telah menjalinka­n hubungan persahabat­an dengan bandar Xianning, Hubei, China pada 2017.

Delegasi dari Xianning, Hubei telah mengadakan lawatan ke bandar Sibu pada September lepas.

Sementara itu Lau berkata, seramai 10 pelajar SM Wong Nai Siong akan menyertai kem pendidikan di China, lima pelajar di Taiwan dan enam pelajar akan mengambil bahagian dalam program televisyen kerjasama Astro di Semenanjun­g Malaysia pada Disember depan.

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) akan mengadakan perjumpaan dengan ahli di Miri dan Bintulu pada 9 dan 10 November ini.

Setiausaha PVTMS Nambang Tandang berkata, perjumpaan di Miri akan dibuat di Kelab Gymkhana Miri (GCM) pada 9 November, jam 2 petang.

Sementara di Bintulu katanya, perjumpaan akan diadakan di Bilik Mesyuarat Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu pada 10 November, jam 9 pagi.

“Dalam program ini, pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia

(JHEV ATM) Cawangan Negeri Sarawak juga akan mengadakan kaunter bergerak.

“Kaunter ini bagi mengendali­kan permohonan bantuan kebajikan termasuk memberi pencerahan berhubung masalah yang dihadapi veteran,” ujarnya pada sidang media di sini, kelmarin.

Hadir sama Presiden PVTMS Francis Yeo serta ahli jawatankua­sa PVTMS Damat Ijau.

Menurut Nambang, pengambila­n ahli baharu akan turut diadakan termasuk veteran Askar Wataniah yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun.

Sementara itu, Yeo menyeru ahli yang tinggal di Miri dan Bintulu terutama yang mempunyai masalah atau ingin mengetahui status permohonan bantuan kebajikan masing-masing boleh hadir sama.

Pengarah JHEV ATM Sarawak katanya, dijangka hadir sama bagi membantu veteran.

“Dengan perjumpaan seperti ini, kita dapat mengetahui masalah yang dihadapi ahli-ahli di Miri dan Bintulu, selain bagi merapatkan hubungan.

“Pada masa sama, kita berharap dapat mengemas kini maklumat ahli-ahli serta veteran bagi memudahkan kita menghubung­i mereka,” jelas Yeo.

 ??  ?? TIMBA ILMU: Lau (empat kiri) akan mengetuai rombongan SM Wong Nai Siong untuk lawatan pendidikan ke bandar Xianning, Hubei, China.
TIMBA ILMU: Lau (empat kiri) akan mengetuai rombongan SM Wong Nai Siong untuk lawatan pendidikan ke bandar Xianning, Hubei, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia