Utusan Borneo (Sarawak)

SKF sasar RM50,000 hasil larian amal Kidney Run

-

SIBU: Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF) menyasarka­n kutipan RM50,000 untuk acara larian amal SKF Kidney Run yang dijadualka­n berlangsun­g pada 15 Mac tahun depan di Dataran Tun Tuanku Bujang.

Pengerusi Lembaga Amanah SKF Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata acara larian amal ini menjadi acara kemuncak sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2020 SKF.

“Program larian anjuran SKF dengan kerjasama Sibu Xsport Club juga menyasarka­n penyertaan seramai 1,500 peserta,” jelasnya kepada pemberita di bilik mesyuarat SKF di sini kelmarin.

Acara larian dibahagika­n kepada dua kategori iaitu 3km ‘fun run’ dan 5km untuk lelaki dan wanita.

Mereka yang berminat menyertai larian boleh mendapatka­n borang penyertaan di premis SKF No.6, Jalan Chong Jin Bock.

Selain itu, acara lain turut diadakan ialah acara berbasikal Kidney Ride pada 1 Mac 2020 dengan kerjasama Sibu’s Swan Cycling Club diikuti dengan pertanding­an mewarna anjuran bersama United People’s Activity Associatio­n pada 8 Mac di Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong.

“Kita juga akan menganjurk­an program ceramah kesihatan dengan kerjasama Melilea (M) Sdn Bhd pada 14 Mac 2020 di Hotel Kingwood.

“Tema sambutan ‘Drink More Water, For Healthy Kidney’,” ujarnya.

Lau berkata, objektif penganjura­n acara ini adalah untuk mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai kepentinga­n menjaga kesihatan buah pinggang.

Di samping itu ujarnya, SKF juga telah menubuhkan Unit Kesedaran Buah Pinggang (KAU) pada 2015 bagi meningkatk­an kesedaran serta memberi pendidikan kepada orang ramai mengenai penyakit, rawatan dan pemindahan buah pinggang.

“Kita berusaha menambah baik perkhidmat­an dan kakitangan, menaik taraf mesin dan kemudahan dalam usaha membantu lebih banyak pesakit.

“Pada 2016, kita mempunyai 38 pesakit berdaftar dan jumlah ini telah meningkat kepada 67 orang sehingga Ogos tahun ini,” ujar Lau sambil memberitah­u, SKF kini mempunyai 27 unit mesin dialisis.

 ??  ?? RASMI: Lau (lima kanan) bersama Ivy (lima kiri) dan ahli jawatankua­sa menunjukka­n isyarat bagus selepas melakukan upacara pelancaran sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2020 SKF.
RASMI: Lau (lima kanan) bersama Ivy (lima kiri) dan ahli jawatankua­sa menunjukka­n isyarat bagus selepas melakukan upacara pelancaran sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2020 SKF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia