Utusan Borneo (Sarawak)

53 murid PPKI SK Anchi lawat Miri Marriot Resort and Spa

-

MIRI: Seramai 53 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi diberi peluang mengadakan lawatan sambil belajar ke Miri Marriot Resort and Spa di sini baru-baru ini.

Program sehari ini turut disertai 13 guru pendidikan khas dan empat Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Penyelaras programnya Dayang Massiah Awang Junaidi berkata, program bertemakan ‘All Children Can Learn’ ini merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid pendidikan khas.

“Program lawatan sambil belajar ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

“Ia memberi peluang kepada murid-murid istimewa menimba ilmu melalui tempat-tempat yang dilawati dan mengalami pengalaman sebenar menjalani aktiviti-aktiviti yang dirancang bersama rakan-rakan dan guru-guru,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau berkata, penganjura­n aktiviti itu juga memupuk keyakinan dalam diri murid dan meningkatk­an keupayaan menepati masa.

“Malah ia mendidik murid tentang kepentinga­n menjaga keselamata­n diri, berdikari, bersosial dengan rakan dan masyarakat.

“Guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahua­n dalam menghasilk­an corak pengajaran dan pembelajar­an yang lebih merangsang minat murid daripada golongan istimewa ini,” jelas beliau.

Dalam lawatan ini, murid diberi peluang belajar dan merasai sendiri cara lipatan kreatif menggunaka­n tuala dan napkin.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Murid-murid PPKI SK Anchi dan guru-guru merakamkan gambar kenangan semasa mengadakan lawatan sambil belajar ke Miri Marriot Resort and Spa.
UNTUK ALBUM: Murid-murid PPKI SK Anchi dan guru-guru merakamkan gambar kenangan semasa mengadakan lawatan sambil belajar ke Miri Marriot Resort and Spa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia