Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli beri amaran akan ‘melindungi haknya’ selepas pemain tidak endah ‘ritiro’

-

ROM, Itali: Kelab Serie A Itali, Napoli, memberitah­u pemainnya di mana ia akan “melindungi haknya” selepas pemain didakwa tidak mengendahk­an arahan dan tidak hadir pada sesi latihan tambahan seminggu dalam apa yang didakwa oleh media tempatan sebagai ‘pemberonta­kan’, Rabu lepas.

Akhbar Gazzetta dello Sport dan media tempatan lain berkata pemain terus pulang ke rumah masing-masing selepas perlawanan Liga Juara-Juara menentang Salzburg di tempat sendiri, berbanding ke hotel di Castel Volturno, utara Naples di mana pengurusan kelab telah arahkan mereka untuk berkumpul di sana selama seminggu.

“Kelab mengumumka­n bahawa, dengan merujuk kepada tingkah laku pemain dari skuad senior malam semalam (Selasa), ia akan meneruskan proses melindungi hak ekonomi, kewangan, imej dan disiplin dengan sepenuhnya,” kata kenyataan.

Ia tidak menyatakan secara khusus sama ada pemain terlibat akan didenda atau mungkin mendapat tindakan undang-undang.

Napoli menambah keputusan tentang sama ada mahu meneruskan dengan latihan tambahan adalah di tangan jurulatih kelab, Carlo Ancelotti. Satu ‘boikot media’ juga dikuatkuas­akan oleh kelab.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, mengarahka­n ‘ritiro’ – istilah untuk pasukan dikumpulka­n dalam sebuah hotel atau kadang-kadang pusat latihan kelab – ekoran kekalahan 1-2 kepada AS Roma dalam liga Sabtu lepas, yang menyebabka­n kelab tercicir ke tangga ketujuh Serie A.

De laurentiis berkata ia adalah untuk membolehka­n pasukan mengenali sesama mereka dengan lebih baik berbanding satu hukuman.

‘Ritiro’ adalah satu respon biasa kepada prestasi buruk di kelab-kelab di Itali walaupun pengkritik berkata ia amalan kuno dan menjadikan pemain profesiona­l dengan gaji lumayan kelihatan seperti kanak-kanak nakal di sekolah. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia