Utusan Borneo (Sarawak)

Gol lewat Costa pastikan Juve teruskan kemaraan

Juventus layak ke pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas benam Lokomotiv Moscow 2-1 di RZD Arena

-

MOSCOW, Rusia: Pemain gantian, Douglas Costa, menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan untuk memastikan Juventus layak ke pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas menewaskan Lokomotiv Moscow 2-1 Rabu lepas.

Costa menjaringk­an gol solo cantik pada saat akhir selepas Aleksei Miranchuk mengikat kedudukan buat Lokomotiv ekoran gol pembukaan Aaron Ramsey seawal minit keempat.

Juventus kini tiga mata di hadapan Atletico Madrid dalam saingan Kumpulan D, menjelang perlawanan di Bayer Leverkusen, yang akan bersaing dengan Lokomotiv untuk kelayakan ke Liga Europa.

“Kami mencapai objektif pertama kami musim ini. Lokomotiv bermain secara bertahan tetapi lebih gemar serangan pantas dalam separuh masa pertama,” kata kapten Juventus, Leonardo Bonucci.

“Kami mencipta beberapa peluang dan akhirnya berjaya memperoleh­i kemenangan,” tambah beliau.

Jurulatih Juventus, Maurizio Sarri, mengeluark­an Cris

Kami mencapai objektif pertama kami musim ini. Lokomotiv bermain secara bertahan tetapi lebih gemar serangan pantas dalam separuh masa pertama.

Leonardo Bonucci

tiano Ronaldo pada 10 minit terakhir kerana masalah di bahagian lututnya dan ia ternyata membangkit­kan kemarahan bintang antarabang­sa Portugal itu.

“Saya mengeluark­an beliau kerana bimbang beliau akan memburukka­n lagi kecederaan­nya,” kata Sarri.

Jurulatih Lokomotiv, Yurin Semin, melakukan hanya satu pertukaran dari skuad yang seri pada perlawanan sebelum ini dengan Joao Mario menggantik­an tempat Murilo Cerqueira.

Sarri membawa tujuh muka baharu ke dalam skuad selepas perlawanan Sabtu lepas, dengan Ramsey membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama kelab dalam pertanding­an ini.

Ramsey, di mana penampilan beliau bersama Juventus terjejas dengan kecederaan, membuka jaringan seawal minit keempat selepas penjaga gol Lokomotiv,

Guilerme gagal menangkap kemas satu tendangan percuma Ronaldo.

Lokomotiv berjaya mengikat kedudukan lapan minit kemudian selepas Juventus hilang sedikit rentak, dengan Miranchuk menyempurn­akan satu hantaran lintang Maciej Rybus.

Gol penyamaan itu membangkit­kan semangat Loko

Kapten Juventus

motiv dan mereka hampir mendahului kedudukan kurang 10 minit kemudian tetapi tandukan Miranchuk terkena palang.

Ronaldo menguji Guilherme sekali lagi dari tendangan percuma tiga minit selepas rehat tetapi kali ini Guilherme berjaya menepis bola keluar.

Ronaldo dikeluarka­n pada minit ke-82 dengan Sarri mempunyai perhatian untuk perlawanan menentang AC Milan dalam Serie A Itali Ahad ini, walaupun bekas penyerang Real Madrid itu berang dengan keputusan itu.

Juventus menguasai akhir permainan tetapi sukar mencari ruang sebelum Costa mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua kejohanan ini buat musim keenam berturut-turut dan juga gol pertama beliau sejak bulan Januari. — AFP

 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia