Utusan Borneo (Sarawak)

Hafizh Syahrin sertai perlumbaan Endurace Race di Sepang

-

PETALING JAYA: Kerja gila! Itu lah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambar­kan pelumba MotoGp negara, Hafizh Syahrin Abdullah apabila dia akan beraksi di Sepang 1,000 km (S1K) Endurance Race, beberapa hari selepas perlumbaan terakhir Kejuaraan Motosikal Dunia di Valencia.

Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu akan berlumba di Grand Prix Valencia di Sepanyol pada 15-17 Nov dan seterusnya pulang ke tanahair untuk perlumbaan S1K pada 22-24 Nov.

Ekoran jadual yang ketat, pelumba berasal dari Ampang yang akan berganding­an dengan Alister Yoong dan Bradley Benedict Anthony dalam perlumbaan kereta S1K kategori SP2, hanya berpeluang untuk berlatih sekali sahaja sebelum aksi sebenar.

“Saya seorang ahli sukan (sportsman) yang tidak boleh duduk diam. Saya akan ke Valencia minggu depan dan akan terus balik ke Malaysia untuk S1K, dan kembali ke Valencia untuk uji jentera baru dengan pasukan Angel Nieto.

“Saya hanya ada satu peluang untuk berlatih dengan pasukan S1K tapi tiada yang mustahil. Saya yakin boleh lakukan yang terbaik di perlumbaan S1K nanti walaupun kurang latihan. Ini adalah cabaran yang luar biasa tapi satu pengalaman yang sangat bermakna,” katanya kepada pemberita pada sidang media Hi-Rev Dream Chaser bersama Hafizh Syahrin semalam.

Hafizh yang akan berlumba dengan jentera Toyota Vios bernombor 910 pada S1K diberikan syarat oleh Persekutua­n Automobil Antarabang­sa (FIA) untuk menyertai kejohanan antarabang­sa untuk membolehka­n beliau menyertai FIA World Touring Car Cup (WTCR) pada 15 Dis ini.

Hafizh Syahrin bukan hanya akan menyertai perlumbaan kereta di WTCR, malah beliau akan menunggang motor di perlumbaan endurance Sepang 8 Hours untuk FIM

Endurance World Championsh­ip (EWC) bersamasam­a Franco Morbidelli dan Michael van der Mark.

Beliau akan mewakili pasukan Sepang Racing Team bagi perlumbaan dua dan empat roda yang akan diadakan di Litar Antarabang­sa Sepang.

“Bagi saya tekanan pasti ada kerana perlumbaan lapan jam memerlukan kekuatan fizikal yang mantap, tidak perlu jentera yang laju. Cukup dengan jentera yang konsisten tanpa sebarang masalah teknikal dan kesilapan sendiri.

“Tidak susah untuk tackle jentera bagi perlumbaan lapan jam itu tapi yang agak merisaukan ialah WTCR kerana ada lapan juara dunia yang turut serta nanti. Saya tidak boleh janjikan apa-apa keputusan tapi saya boleh beri keyakinan yang saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata beliau memilih Hafizh Syahrin untuk perlumbaan WTCR adalah untuk mencipta kelainan sekali gus menarik minat peminat sukan permotoran menyaksika­n perlumbaan berkenaan.

“Kenapa kita pilih Hafizh, sebab ini adalah acara baharu yang menggantik­an Formula Satu (F1) di Litar Sepang. Ini adalah untuk menarik lebih ramai penonton, kita tahu Hafizh ada ramai peminat yang ikut setiap perlumbaan dia. Beliau adalah tarikan utama untuk WTCR,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA BERAKSI: Hafizh Syahrin memberikan ‘pose’ istimewa selepas sidang media di Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama SEDIA BERAKSI: Hafizh Syahrin memberikan ‘pose’ istimewa selepas sidang media di Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia