Utusan Borneo (Sarawak)

Charrott-Charrott merampas takhta Liga Trio 169 & Ke Bawah Tay Motors

-

KUCHING: Charrott-Charrott merampas kedudukan pendahulu Liga Trio 169 & Ke Bawah Tay Motors susulan kemenangan tipis 10.5-9.5 ke atas pesaing terdekat, Limited Keglers pada minggu lepas.

Kemenangan itu menjatuhka­n Limited Bowlers ke tangga kedua sambil SUK Bowlers jatuh ke tangga ketiga selepas turut mencatat kekalahan di tangan X-Hunter dengan 9.5-10.5.

Bagaimanap­un, tumpuan perlawanan terarah kepada Ladies Hunter yang melakar kemenangan besar 15-5 dengan menewaskan Trinity Phantom.

Silent Warriors pula naik ke tangga keempat selepas meraih kemenangan 14-6 dengan menundukka­n Thunder Strike yang menduduki tangga keenam.

Sementara itu, Abu Seman Umar dari SUK Bowlers sedang mendahului kategori Individual High Game (Scratch & Handicap) dengan Eriman Yazi dari Charrott-Charrott di tangga kedua.

Abang Muhd Fakhri dari Silent Warrior pula menggantik­an Muhd Ihsan Fikri dari Limited Keglers sebagai pendahulu kategori Individual High Series (Scratch & Handicap).

Manakala Limited Keglers masih mengekalka­n penguasaan dalam kategori Team High Game (Scratch & Handicap) namun Silent Warrior mendahului kategori Team High Series (Scratch & Handicap).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia