Penganggur kena empat bulan gara-gara curi barangan dapur

Tertuduh mengaku salah, anggaran kerugian pasar raya RM553.68

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan - Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Perbuatan mencuri barangan dapur seperti mentega, minuman coklat, syampu dan minyak wangi menyebabka­n seorang penganggur lelaki dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mohd Nor Hafiq Mohamad Khir, 29, mengaku bersalah melakukan perbuatan terbabit sejurus pertuduhan dibaca terhadapny­a.

Majistret Zubaidah Sharkawi juga menetapkan agar tertuduh dipenjara bermula semalam.

Pada 5 November lalu, pengawal keselamata­n yang bekerja di pasar raya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce mendapati terdapat seorang lelaki membawa keluar barangan dapur daripada pasar raya berkenaan tanpa membuat bayaran.

Kejadian pada jam 11 pagi itu menyaksika­n tertuduh mencuri dua bungkus mentega, 11 unit minuman coklat, enam unit minyak wangi dan lapan botol syampu.

Anggaran kerugian adalah lebih kurang RM553.68.

Untuk perbuatan terbabit, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan

yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Tertuduh dalam rayuan penguranga­n hukuman berkata, dia merupakan sumber utama bagi keluargany­a.

“Saya mempunyai dua orang anak yang sedang bersekolah dan ini merupakan kesalahan pertama saya,” ujar beliau kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nelson Ensit manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Saya mempunyai dua orang anak yang sedang bersekolah dan ini merupakan kesalahan pertama saya.

Tertuduh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.