Miliki motosikal curi, penganggur dihukum penjara sembilan bulan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Seorang penganggur dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana melakukan kesalahan memiliki harta curi iaitu sebuah motosikal.

Lee Kai Shyan, 42, mengaku bersalah di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan (KK) sejurus pertuduhan dibaca dan diterangka­n oleh jurubahasa mahkamah.

Majistret Zubaidah Sharkawi kemudian menetapkan agar tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia direman iaitu pada 24 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati dengan curang memiliki harta curi berupa sebuah motosikal milik seorang pemuda berusia 19 tahun pada 19 Julai lalu.

Kesalahan itu dilakukann­ya di Taman Emas Batu 9 Jalan Penrissen pada jam 5 petang.

Menurut fakta kes, pemilik motosikal tersebut dan rakannya dengan secara tidak sengaja melihat tertuduh menunggang motosikal miliknya yang dilaporkan hilang.

Mereka seterusnya mengekori tertuduh sehingga dia sampai ke hadapan rumah.

Mereka kemudian bertindak menangkap dan menahan tertuduh sebelum menghubung­i polis.

Dalam rayuan penguranga­n hukumannya, tertuduh merayu agar diberikan hukuman ringan kerana dia mempunyai tiga orang anak untuk ditanggung.

Seksyen 411 KK memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nelson Ensit manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.