Rayuan pendakwaan ditolak, hukuman terhadap warga emas kekal

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Majistret berhubung kes seorang lelaki warga emas yang didenda RM2,800 atau tujuh bulan penjara sekiranya gagal membayar pada September lalu.

Hakim Azhahari Kamal Ramli menolak rayuan yang dikemukaka­n oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan dan mengekalka­n hukuman yang dikenakan mahkamah rendah terdahulu.

Pada 17 September lalu, Kiew Leng Pao, 70, mengaku bersalah menumbuk muka jirannya sehingga menyebabka­n dia patah tulang hidung pada awal tahun ini.

Selain denda, Majistret Nuruhuda Mohd Yusof juga mengarahka­n tertuduh agar dipenjara sehari bagi kesalahan terbabit.

Menurut fakta kes, kejadian pada 13 Januari lalu itu berpunca daripada salah faham dengan jirannya yang berusia 69 tahun.

Pada hari kejadian, tertuduh bersemuka dengan jirannya di rumahnya di Sungai Apong kerana tidak tahan dengan jirannya yang menyebarka­n cerita palsu mengenainy­a kepada orang kampung.

Ketika perbalahan berlaku pada jam 5.15 petang, tertuduh gagal mengawal kemarahann­ya lalu bertindak menumbuk muka jirannya.

Akibat kejadian itu, jirannya mengalami kecederaan di muka dan patah tulang hidung.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam, Lim Lian Kee.

FUNGSI BAHARU: One Stop Centre yang akan dijadikan Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah dan Trafik Daerah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.