Pusat Sehenti akan dijadikan Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah dan Trafik Daerah Kuching

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Pusat Sehenti (One Stop Centre) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang terletak di Simpang Tiga di sini akan dijadikan Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah dan Trafik Daerah Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching

ACP Awang Din Awang Gani berkata, pejabat baharu itu nanti tidak akan menerima sebarang laporan berkaitan jenayah seperti sebelum ini.

Justeru menurutnya, laporan-laporan berkaitan jenayah hendaklah dibuat di mana-mana balai polis berhampira­n.

“Tempat itu masih dibuka cuma ia dinamakan sebagai Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah dan Trafik IPD Kuching.

“Bagaimanap­un, semua laporan polis hendaklah dibuat di balai polis berhampira­n dan hanya laporan kemalangan (trafik) sahaja boleh dibuat di situ nanti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan kerja-kerja pernambahb­aikan pejabat tersebut juga akan dilakukan dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.