Lelaki cederakan isteri didenda RM1,800

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Sengaja cederakan isteri, seorang lelaki didenda RM1,800 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Steve Ritikos setelah Noorazman Naziman, 38, dari Taman Jelita di sini mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 323 Kanun Kesesaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan sengaja telah menyebabka­n kecederaan ke atas isterinya yang berusia 39 tahun dengan memukul dan menampar menggunaka­n tangan di sebelah kiri kepala mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam, 29 Oktober lalu di rumahnya di Taman Jelita di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ringan memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Tertuduh memberitah­u ini merupakan kali pertama dia memukul isteri sejak mereka berkahwin 10 tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.