Lelaki mengaku salah miliki dadah

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Seorang lelaki didenda RM9,000 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Steve Ritikos setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Leonard William Awing, 26, dari Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir di sini telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebat tidak kurang dari tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh bukan sebagai seorang yang diberi kuasa di bawah ADB 1952, didapati ada memiliki dadahberba­hayajenisM­ethampheta­mine dengan berat bersih 2.78 gram.

Methamphet­amine merupakan satu item yang terkandung di dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.15 pagi, 4 Ogos tahun ini di sebuah bilik hotel bajet di Jalan South Yu Seng di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.