SAR lelaki hilang di Tatau diteruskan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

BINTULU: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang dari kediamanny­a di Rumah Ninggat Sungai Jelai Tatau sejak 31 Oktober lalu masuk hari yang kelima, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kehilangan mangsa bernama Augustine Mesir, 32, hanya disedari keluargany­a setelah mangsa empat hari tidak balik ke rumah.

“Justeru, ahli keluargany­a melaporkan kehilangan­nya di Balai Polis Tatau pada 4 November lalu bagi membolehka­n siasatan dijalankan,” ujarnya.

Katanya, usaha SAR semalam yang melibatkan 18 anggota bomba dengan bantuan polis dan Agensi Pertahanan Awam (APM) dijalankan di kawasan lima kilometer dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.

Setakat semalam katanya, operasi SAR belum menemui sebarang petanda mengenai mangsa dan pencarian akan diteruskan sehingga mangsa ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.