Generasi muda mampu jadi ejen pupuk kesedaran jaga alam sekitar

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

BINTULU: Generasi muda mampu menjadi ejen perubahan ke arah memupuk kesedaran awam dengan pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar serta berperanan membantu memelihara kekayaan biodiversi­ti di negeri dan negara ini.

Pengurus Malaysia LNG GroupofCom­panies(MLNG) Victoria Charles Juta berkata, pihaknya percaya generasi muda mampu menjadi ejen perubahan dalam memupuk kesedaran awam pemulihara­an alam sekitar dan program ‘Friends of Nature’ adalah landasan ideal mendidik mereka pemulihara­an biodiversi­ti.

Program tiga hari di Taman Negara Similajau itu disertai seramai 40 pelajar dan 15 guru dari tujuh sekolah menengah dan sebuah kolej vokasional iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asyakirin,

SMK Bandar, SMK Baru, SMK Kemena, SMK Kidurong, SMK Sebauh dan SMK Tatau serta Kolej Vokasional Bintulu.

Antara aktiviti disertai pelajar dan guru ialah memerhati spesies burung, berjalan kaki di kawasan semula jadi dan pembersiha­n pantai.

Program itu adalah kunci komponen Projek Pemulihara­an, Alam Sekitar dan Biodiversi­ti (BEACON) yang dianjur bersama MLNG iaitu anak syarikat Petronas dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dalam usaha memupuk kesedaran pemulihara­an alam sekitar dalam kalangan generasi muda.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton berkata sejak program ‘Friends of Nature’ dilaksanak­an terdapat peningkata­n tahap kesedaran pemulihara­an di Bintulu dan ini amat bermakna sekali gus memberi impak besar kepada generasi seterusnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pengurus Besar SFC Oswald Braken Tisen.

Projek BEACON adalah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) MLNG dengan kerjasama SFC merangkumi dua komponen iaitu program penempatan 1,500 bebola tukun tiruan di perairan laut Taman Negara Similajau untuk memulihkan kawasan perlindung­an hidupan marin.

Komponen kedua ialah program Pemulihara­an, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) untuk mendidik generasi muda tentang kekayaan biodiversi­ti di Sarawak serta memupuk kesedaran awam pemulihara­an alam sekitar.

TAHNIAH: Victoria (enam kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah satu kumpulan yang memenangi pertanding­an pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.