Kerosakan pada siling di bumbung luar Kampus Muzium akibat angin kencang

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Kerosakan pada siling di bumbung luar bangunan Kampus Muzium Sarawak berpunca daripada angin kencang yang berlaku petang kelmarin.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerosakan yang berlaku tiada kaitan dengan kelemahan pembinaan.

“Tempat ini masih di bawah jaminan dan kontraktor akan lihat masalah ini serta membaikiny­a.

“Malah malam tadi (kelmarin) pihak kontraktor telah membetulka­n kerosakan untuk pastikan tidak ada kebocoran berlaku,” katanya ketika ditemui di Kampus Muzium Sarawak di sini semalam.

Terdahulu Abdul Karim menghadiri Forum Jaringan Bandar Kraf Dunia di Auditorium Kampus Muzium Sarawak yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Dalam perkembang­an berkaitan, Abdul Karim berkata Kampus Muzium Sarawak yang telah siap dibina dijangka dibuka sepenuhnya pada hujung 2020.

“Saya ingin ia dibuka lebih awal pada pertengaha­n tahun depan tetapi tidak dapat kerana kerja-kerja pengisian koleksi perlu dibuat dengan teliti dan mengambil masa.

“Saya sendiri tidak sabar untuk melihat muzium ini dibuka dan dalam tempoh dua tahun yang akan datang Kuching akan muncul sebagai tempat yang menarik,” ujarnya.

Kampus Muzium Sarawak dibina dengan kos RM308 juta dan dibahagika­n kepada dua komponen.

Komponen pertama melibatkan kerja-kerja pembinaan bangunan Kampus Muzium lima tingkat bersama Bangunan Utama Annex empat tingkat.

Manakala, komponen kedua melibatkan kerja-kerja pengubahsu­aian Bangunan Muzium Lama yang dijangka siap dan dibuka pada 2021.

PERJELAS: Abdul Karim bercakap kepada media ketika ditemui di Kampus Muzium Sarawak di Kuching semalam.

TERCABUT: Keadaan siling di bumbung luar bangunan Kampus Muzium rosak akibat angin kencang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.