Air percuma, subsidi elektrik inisiatif kerajaan negeri ringan beban rakyat

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Peruntukan air percuma untuk RM5 pertama penggunaan air dalam bil bulanan adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu mengurangk­an bebanan kewangan terutama bagi komuniti di luar bandar.

Kementeria­n Utiliti dalam kenyataan medianya semalam berkata, rasionalny­a RM5 itu adalah berdasarka­n purata bil air bulanan bagi komuniti di luar bandar negeri ini.

“Dianggarka­n sejumlah RM600,000 pengguna domestik di luar bandar Sarawak akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” kata kenyataan itu semalam.

Kerajaan negeri menanggung kos sebanyak RM40 juta setahun untuk melaksanak­an inisiatif air percuma ini, katanya.

Pada masa sama katanya, pengumuman caj sambungan elektrik percuma sehingga

RM5,000 bersama subsidi sehingga 70 peratus untuk caj penyambung­an di antara RM5,000 dan RM10,000 bagi isi rumah berpendapa­tan rendah di kawasan bandar juga tepat pada masanya.

Lebih daripada 22,000 isi rumah berpendapa­tan rendah di kawasan bandar serta luar bandar yang dibekalkan di bawah program elektrifik­asi luar bandar akan mendapat manfaat daripada polisi baharu tersebut yang akan mengurangk­an beban kewangan.

“Kami percaya ini juga akan mempercepa­tkan visi untuk mencapai liputan elektrik ke seluruh negeri menjelang 2025 atau lebih awal, menyediaka­n akses 24 jam kepada bekalan yang boleh dipercayai, boleh diperbahar­ui dan berpatutan.

“Program itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.