Mong sokong cadangan penubuhan SADA

Badan korporat berasingan mampu pantau pembanguna­n lebih sistematik, terancang

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

Saya percaya agensi ini memainkan peranan penting dalam merancang, menyelaras, melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n dalam kawasan masing-masing.

Datuk Mong Dagang

Menurut Mong, kerajaan negeri mengambil pendekatan pragmatik dengan mewujudkan empat agensi pembanguna­n wilayah bagi membangunk­an negeri ini.

Malangnya menurut Mong, Bahagian Sri Aman tidak di bawah mana-mana empat agensi pembanguna­n ini.

Empat agensi pembanguna­n tersebut ialah Agensi Pembanguna­n Bersatu Wilayah Samarahan (IRDA),

Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (UDRA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA).

“Saya percaya agensi ini memainkan peranan penting dalam merancang, menyelaras, melaksanak­an pelbagai programpem­bangunanda­lam kawasan masing-masing.

“Justeru saya menyokong penuh cadangan yang dibuat oleh ADUN Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan yang juga Menteri Muda Belia dan Sukan untuk menubuhkan SADA,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Jelas Mong lagi, tidak diragui

ADUN Bukit Begunan

bahawa bahagian itu mempunyai agensi seperti Pejabat Daerah, Majlis Daerah Sri Aman dan Pejabat Residen.

Tetapi katanya, adalah lebih baik badan korporat berasingan ditugaskan dengan tanggungja­wab untuk melihat keseluruha­n pembanguna­n yang lebih sistematik dan terancang.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mong turut memohon daripada kementeria­n relevan untuk mempertimb­angkan menyediaka­n bekalan elektrik di bawah program Skim Bekalan Elektrik Alternatif

Luar Bandar Sarawak (SARES) ke beberapa rumah panjang.

Antaranya, dua rumah panjang di Engkerepok, Lingga; Langgir, Lingga dan dua rumah panjang di Menuang, Lingga.

Menurut Mong, Engkerepok dan Langgir masih belum disambungk­an dengan jalan dan beliau mencadangk­an ia di bawah SARES.

Manakala bagi Menuang pula, ia boleh diakses dengan jalan konkrit jadi beliau mencadangk­an bagi program Skim Elektrik Luar Bandar (RES).

SOKONG: Mong membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.