Percepatka­n proses keluar surat hak milik tanah individu di Kedup

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Agensi berkaitan diminta mempercepa­tkan proses pengeluara­n surat hak milik tanah individu Seksyen 18 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup.

Martin Ben (GPS-Kedup) berkata, di konstituen­si Kedup, sebanyak 58 kampung telah mengemukak­an permohonan penyukatan tanah mereka kepada kerajaan dengan separuh daripadany­a telah diwartakan di bawah Seksyen 6.

“Sementara 18 kampung telah mengemukak­an permohonan untuk Kampung Tradisi dan Lot Pertanian diberikan surat hak milik individu di bawah Seksyen 18.

“Ia dijalankan di bawah Inisiatif Dokumentas­i DBNA (Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh). Ia telah dikemukaka­n sejak 2017 namun belum ada surat hak milik telah dikeluarka­n,” katanya ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n DUN di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menerusi agensi bertanggun­gjawab mempercepa­tkan proses pengeluara­n surat hak milik individu di bawah Seksyen 18 di konstituen­si Kedup.

Martin berkata, dalam Belanjawan Sarawak 2020, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan RM40 juta di bawah Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan amat disokong oleh masyarakat di negeri ini.

“Walaupun inisiatif ini sangat cemerlang, tetapi ia perlu disokong dengan perkhidmat­an penyampaia­n yang saksama oleh agensi yang terlibat,” katanya.

Mengenai isu pengeluara­n surat hak milik bagi penyertaan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), Martin berkata ia juga agak perlahan.

“Selepas 20 tahun sejak penanam pertama, hanya kira-kira 2,000 surat hak milik telah dikeluarka­n kepada peserta di Estet Kedup 1 dan 2, Mongkos, Taee dan Melikin.

“Masih terdapat lebih 5,000 surat hak milik individu lagi akan dikeluarka­n dan kelewatan ini menyebabka­n para peserta kurang keyakinan kepada kerajaan dan agensi negeri,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengesyork­an dengan tegas baki surat hak milik dikeluarka­n dalam masa terdekat atau selewat-lewatnya sebelum kawasan berkenaan ditanam semula.

PERCEPATKA­N: Martin minta agensi berkaitan mempercepa­tkan proses pengeluara­n surat hak milik tanah individu di Kedup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.