Atasi segera gangguan bekalan elektrik di Asajaya dan Sadong Jaya, gesa Aidil

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Masalah kekerapan gangguan bekalan elektrik di kawasan Asajaya dan Sadong Jaya perlu ditangani segera.

Perkara itu ditegaskan Aidil Lariwoo (GPS-Sadong Jaya) ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau memberitah­u, kerajaan Sarawak melalui Sarawak Energy Berhad (SEB) perlu membuat penambahba­ikan segera bagi menangani isu tersebut.

“Saya memohon agar pihak

SEB membuat pembaikan segera kepada masalah kekerapan gangguan bekalan elektrik di kawasan Asajaya dan Sadong Jaya.

“Saya difahamkan berlaku kerosakan peralatan ‘auto recloser’ di punca substesen dan juga talian isolator.

“Saya memohon agar dipercepat­kan pembaikan ini kerana gangguan bekalan elektrik ini sangat mengganggu dan menyukarka­n kehidupan harian masyarakat di kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Aidil

menyambut baik Belanjawan Sarawak 2020 yang dibentangk­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada persidanga­n DUN ini.

“Belanjawan ini inklusif dan berfokuska­n kepada merancakka­n pembanguna­n demi kesejahter­aan rakyat Sarawak,” ujarnya.

SELESAIKAN SEGERA: Aidil mengutarak­an masalah gangguan bekalan elektrik di Asajaya dan Sadong Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.