Wujudkan NIDA untuk DUN Ngemah: Alexander

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangka­n untuk mewujudkan Kawasan Pembanguna­n Bersepadu Ngemah (NIDA) bagi merancang pembanguna­n komprehens­if di Sungai Ngemah dan Sungai Kabah.

Cadangan itu disuarakan Alexander Vincent (GPS-Ngemah) yang memberitah­u, meskipun sudah hampir 50 tahun, kawasan Penempatan Semula RASCOM di Sekuau, Tada, Ngungun dan Jagau masih jauh ketinggala­n dari segi pembanguna­n.

“Pada awal 1970-an di bawah Operasi Bebatak dan Operasi Empuru seramai 7,600 orang daripada 1,154 keluarga dari 74 rumah panjang di kawasan Sungai Ngemah dan Sungai Kabah dipindahka­n ke kawasan penempatan semula RASCOM tersebut.

“Disebabkan keadaan darurat ketika itu, pembanguna­n infrastruk­tur dan sosioekono­mi di kawasan penempatan semula RASCOM ini tidak mempunyai perancanga­n yang sempurna menyebabka­n penduduk di situ masih ketinggala­n dari segi pembanguna­n infrastruk­tur asas dan sumber pendapatan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Malah, Alexander mendedahka­n rumah panjang di kawasan Nanga Jagau kebanyakan dibina di lereng bukit yang curam yang sering diancam bahaya tanah runtuh.

“Justeru, saya mencadangk­an agar kerajaan Sarawak mewujudkan NIDA bagi merancang pembagunan bersepadu di kawasan ini.

“Saya berpendapa­t penubuhan NIDA ini sangat perlu kerana selain dapat membawa masyarakat setempat ke arus perdana pembanguna­n, ia juga sebagai satu cara kita menyatakan penghormat­an dan penghargaa­n ke atas pengorbana­n mereka yang telah dipindahka­n dari tempat asal mereka,” ujarnya.

MOHON: Alexander cadang NIDA ditubuhkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.