Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sekadar indah nama: John

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober lalu hanya seindah nama.

Perkara itu ditegaskan John Ilus (GPS-Bukit Simuja) ketika sesi perbahasan Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Jelasnya, wawasan ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat.

Malah beliau berkata, objektif utama wawasan ini jelas untuk pembanguna­n semua, menangani kurang kekayaan dan negara bersatu, makmur serta bermaruah.

Tambahnya, seandainya wawasan ini bertujuan sedemikian, mengapa projek-projek yang diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk Sarawak dibatalkan?

“Mengapakah Belanjawan 2020 oleh kerajaan persekutua­n untuk negeri Sarawak dikurangka­n khususnya untuk pembanguna­n yang hanya 7.8 peratus?

“Melihat perkembang­an ini, amat jelas sekali bahawa kerajaan persekutua­n di bawah Pakatan Harapan (PH) sedang mempermain­kan orang Sarawak dan juga kerajaan Sarawak.

“Nama wawasan itu indah dan cantik tapi apa yang dipraktik adalah untuk memecah belah dan mengucar-kacirkan rakyat negeri ini yang popular dengan perpaduan,” tegasnya.

Sehubungan itu, John menggesa pihak berwajib khususnya Pejabat Setiausaha Persekutua­n Sarawak untuk memantau dan memainkan peranan yang lebih profesiona­l dalam menangani perkara seperti ini.

Mengenai perkembang­an lain, beliau meminta penjelasan tentang dua sekolah baharu iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Sadong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Serian No. 2 yang telah diluluskan tetapi masih belum mula dibina.

Selain itu, beliau menggesa agar masalah ketiadaan simpang masuk ke Bandar Serian sepanjang Serian By Pass (dari Kuching ke Sri Aman) dapat dipertimba­ngkan pihak berwajib.

“Dicadangka­n untuk membuat pusingan ‘U’ atau lampu isyarat di tempat yang strategik dapat dipertimba­ngkan pihak berwajib,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kerajaan untuk membina stesen bacaan kualiti udara (IPU) tetap di Serian memandangk­an bahagian tersebut bergantung kepada stesen di Kuching dan Samarahan.

INDAH PADA NAMA: John pada sesi perbahasan Belanjawan Sarawak 2020 pada Persidanga­n Dewan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.