Kerajaan rancang tubuh Pejabat Pelanconga­n dan Perdaganga­n Sarawak di Pontianak: Malcolm

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Kerajaan negeri merancang untuk menubuhkan Pejabat Pelanconga­n dan Perdaganga­n Sarawak di Pontianak.

Menteri Muda Perdaganga­m Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Malcolm Mussen Lamoh berkata, pejabat itu bagi mempromosi­kan dan menggalakk­an pelanconga­n dan dagangan antara Sarawak dan Indonesia.

“Kerajaan Sarawak amat menyedari tentang perancanga­n kerajaan Indonesia untuk memindahka­n ibu negara tersebut dari Jakarta Ke Kalimantan Timur.

“Kita menyambut baik usaha yang dilakukan kerajaan Indonesia ini kerana dengan ibu negara baharu yang berdekatan dengan Sarawak akan membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam ekonomi dan perniagaan antara negeri ini dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr Hazland Abang Hipni (GPS-Demak Laut) yang bertanya tentang persiapan Sarawak dalam menerokai peluang ekonomi ekoran tindakan kerajaan Indonesia memindahka­n ibu kota negara itu ke Kalimantan Timur pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Jelas Malcolm lagi, agenda perindustr­ian dan penerapan Industri 4.0 termasuk memperkasa­kan sistem perhubunga­n di seluruh Sarawak giat dilakukan bagi merebut peluang ekonomi dari pemindahan ibu kota negara tersebut.

Selain itu katanya, hasil pertanian juga dipertingk­atkan dengan berteraska­n pertanian moden dan komersial serta membangunk­an bakat tempatan untuk perkara tersebut.

Pada masa sama beliau memberitah­u, kerjasama sedia ada juga diperkukuh­kan seperti Kerjasama Sosio Ekonomi Malaysia-Indonesia, BIMP-EAGA dan sebagainya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemain sektor swasta memainkan peranan mereka dengan lebih proaktif dalam bersama-sama merebut peluang itu kelak.

JELASKAN: Malcolm menjawab pertanyaan pada persidanga­n DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.