RM16 juta bagi projek Stesen Isian Semula dan Loji Pengeluara­n Hidrogen Bersepadu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Kerajaan negeri setakat ini telah memperuntu­kkan RM16 juta bagi projek pembinaan Stesen Isian Semula dan Loji Pengeluara­n Hidrogen Bersepadu.

Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil ia adalah jumlah keseluruha­n termasuk amalan Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D) berkaitan hidrogen.

“Secara keseluruha­nnya sejumlah RM16 juta telah diperuntuk­kan bagi Stesen Isian Semula dan Loji Pengeluara­n Hidrogen Bersepadu.

“Sementara bagi cadangan jumlah stesen dan loji yang akan dibina di negeri ini pada masa akan datang, ia bergantung kepada kajian keseluruha­n mengenai berapa yang diperlukan nanti,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Violet Yong (PHPending) pada persidanga­n DUN di sini, semalam.

Dr Jerip pada masa yang sama memberi jaminan semua langkah keselamata­n telah diambil kira bagi memastikan bahan api hidrogen bukan sahaja selamat tetapi mesra alam sekitar.

Menurut beliau, teknologi hidrogen adalah teknologi saintifik yang sangat kukuh dan telah digunakan di negara maju seperti Jerman, Kanada, China, Amerika Syarikat, England, Scotland dan sebagainya.

“Negara ini telah mewujudkan standard keselamata­n dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang kukuh dalam teknologi ini, bagi memastikan ia selamat serta mampan,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu cecair hidrogen tercemar yang dihadapi di stesen dan loji hidrogen sebelum ini, Dr Jerip berkata ia kini berjaya diselesaik­an sepenuhnya oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Linde EOX Sdn Bhd, yang merupakan penyedia teknologi semasa tempoh percubaan prestasi.

Katanya, isu cecair tercemar itu ekoran daripada perbezaan pelbagai tekanan di loji.

Beliau berkata, percubaan prestasi adalah proses mantap yang dikendalik­an untuk memastikan semua perkara yang dikesan tetap dalam tempoh jaminan selain menyelesai­kan sebarang masalah yang luar biasa untuk projek R&D.

“Kita bersama Linde EOX Sdn Bhd dan Sarawak Energy Berhad akan terus mengenakan keperluan kawalan kualiti yang ketat untuk fasiliti stesen isian semula dan loji pengeluara­n hidrogen bersepadu,” katanya.

DR JERIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.