Pertimbang SMK St Patrick Mukah dalam senarai bina semula, baik pulih: Yussibnosh

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Yussibnosh Balo (GPS-Tellian) memohon agar SMK St Patrick Mukah dipertimba­ngkan dalam senarai projek membina semula dan membaik pulih sekolah daif oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Patrick Mukah merupakan sekolah yang tertua berusia 114 tahun di Mukah.

“Disebabkan itu saya memohon agar peruntukan untuk membina semula dan membaik pulih sekolah daif dapat dipertimba­ngkan juga untuk sekolah ini.

“Pada 2020, mereka akan menghadapi kekurangan dari segi perabot, makmal sains, bilik guru, kantin dan kedai koperasi, bilik cetak bengkel, pusat sumber dan blok serba guna,” katanya ketika membahaska­n Belanjawan

Sarawak 2020 pada persidanga­n DUN di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah kelas yang boleh digunakan sekarang hanya 13 buah untuk menampung kemasukan pelajar lebih dari 700 orang pada tahun hadapan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM5.5 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf sekolah-sekolah di seluruh Sarawak dan senarai 62 sekolah di bawah Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA).

Sementara itu, berhubung Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah, Yussibnosh memohon kepada kerajaan agar pusat tersebut menyediaka­n kursus-kursus berteraska­n pertanian pintar untuk menyediaka­n belia-belia yang terlibat dalam pertanian moden.

“Kita mengucapka­n terima kasih atas peruntukan kepada PPKS Mukah melalui sebahagian peruntukan sebanyak RM220 juga mewujudkan tenaga kerja profesiona­l dan teknikal berkemahir­an tinggi untuk memenuhi permintaan industri 4.0,” katanya.

Mengenai permohonan lain, beliau berharap satu lagi skim pembesaran kampung diwujudkan di kawasan Tellian iaitu, Lot 503, Blok 78 Mukah Land District untuk menampung pertambaha­n penduduk.

Katanya, ia ekoran daripada peruntukan bajet negeri 2020 sebanyak RM78 juta yang memasukkan Mukah untuk ‘Skim Pembesaran Kampung dan Skim Penempatan Semula.’

“Saya memohon agar Skim

Penempatan Semula Kampung Petana dapat dibuka semula untuk pemohon-pemohon yang telah menghantar borang permohonan mereka secepat mungkin,” katanya.

BAHAS: Yussibnosh membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.