Kesusaster­aan, persuratan Sarawak perlu dijaga

Kerajaan diseru pertimbang Majlis Sastera Negeri Sarawak elak kesusaster­aan, persuratan dipinggir

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Satu Majlis Sastera Negeri Sarawak dicadang diwujudkan sebagai badan menjaga kesusaster­aan dan persuratan negeri.

Razi Sitam (GPS-Saribas) berkata, ilmuwan dan ahli akademik Sarawak tidak mahu bidang kesusaster­aan dan persuratan Sarawak dipinggirk­an.

“Majlis ini berfungsi menyatukan pakar penulisan dalam satu Sidang Kemuncak Penulis Borneo yang mempunyai persamaan dari segi sejarah, budaya dan cara hidup.

“Saya ingin menyampaik­an hasrat segelintir ilmuwan dan pencinta seni dan sastera dari kalangan rakyat Sarawak agar dipertimba­ngkan kewujudan Majlis Sastera Negeri Sarawak,” katanya ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n DUN di sini, semalam.

Katanya, bidang kesusaster­aan dan penulisan semakin berkembang, di mana Sarawak banyak melahirkan penulis-penulis berwibawa dan penerbitan buku tentang kearifan anak Sarawak.

GPS-Saribas

Maka itu kata beliau, sudah tiba masanya kerajaan negeri terlibat secara langsung menyatukan mereka ini dalam satu badan seperti Majlis Sastera Negeri Sarawak.

“Diharap perbanyakk­an program seperti program Pembinaan Karyawan Muda

Sarawak. Kita tidak mahu ilmuwan dan pakar penulisan anak tempatan ketinggala­n dalam arus pembanguna­n.

“Mereka mungkin tidak banyak tetapi kepakaran mereka dalam penulisan adalah aset penting Sarawak,” katanya.

Razi turut mencadangk­an kerajaan negeri mempunyai badan media khas yang memainkan peranan menyampaik­an, menyalurka­n dan menerangka­n maklumat mengenai dasar-dasar pembanguna­n kerajaan Sarawak khususnya dalam kalangan penduduk luar bandar.

“Dasar-dasar kerajaan negeri harus dikongsi bersama dengan seluruh rakyat Sarawak.

“Kita tidak mahu rakyat Sarawak dihidangka­n dengan maklumat yang diputar belit oleh pihak tertentu yang sekarang bertungkus-lumus menghasut rakyat melalui media sosial dan sebagainya

“Kita harus melawan fitnah yang disebarkan oleh pihak

Saya ingin menyampaik­an hasrat segelintir ilmuwan dan pencinta seni dan sastera dari kalangan rakyat Sarawak agar dipertimba­ngkan kewujudan Majlis Sastera Negeri Sarawak.

Razi Sitam

tertentu agar rakyat Sarawak memperoleh­i maklumat dan berita sebenar mengenai dasar dan usaha kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” tegasnya.

RAZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.