Dennis yakin Belanjawan Negeri 2020 beri impak positif kepada rakyat pedalaman

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau yakin Belanjawan 2020 negeri akan memberi impak positif kepada pembanguna­n dan ekonomi rakyat pedalaman.

Beliau berkata, daripada RM10 bilion yang diperuntuk­kan, 70 peratus digunakan untukpemba­ngunandant­ransformas­i kawasan pedalaman.

“Sebagai wakil rakyat dari kawasan pedalaman, ini memberi jaminan bahawa kawasan saya akan terus menerima pembanguna­n walaupun Pakatan Harapan sekarang melayan kita sebagai orang luar dalam pemberian peruntukan.

“Justeru, saya memuji Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Perancanga­n Ekonomi dan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli untuk belanjawan progresif, transforma­si dan saksama 2020,” katanya ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak202­0padapersi­dangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching, semalam.

Dennis menambah, beliau memohon agar Projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) dipercepat­kan di kawasan Telang Usan menggunaka­n belanjawan itu.

“Untuk rekod semasa belanjawan tahun ini, kawasan Telang Usan menerima sebanyak RM750 juta di bawah Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi iaitu jumlah tertinggi pernah diperuntuk­kan untuk infrastruk­tur dan projek pembanguna­n kemudahan,” katanya sambil menambah projek tersebut kini menunggu proses tender sebelum kerja dimulakan.

Beliau turut berterima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang meluluskan projek pertanian bernilai RM5.8 juta untuk dilaksanak­an tahun ini.

“Kebijaksan­aan dan keupayaan Ketua Menteri dan pasukannya dalam membangunk­an ekonomi negeri membolehka­n kerajaan negeri meningkatk­an hasil yang digunakan sepenuhnya untuk pembanguna­n di negeri ini termasuk kawasan pedalaman kami di Telang Usan.

“Saya yakin bahawa 2020 akan menjadi tahun yang baik bagi kami di Telang Usan termasuk kelulusan penubuhan Pusat Pengumpula­n dan Pembungkus­an (CPPC) di Long Lama,” katanya.

KUCHING: Projek persekutua­n bernilai lebih RM2 bilion yang diluluskan untuk Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) telah dibatalkan, ditangguhk­an dan KIV (sedang dalam penilaian) sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan.

Perkara itu ditegaskan Aidel Lariwoo (GPS-Sadong Jaya) yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Akuan Awam (PAC) ketika sesi perbahasan Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n Dewan Negeri (DUN) di sini semalam.

Katanya, terdapat kecurigaan bahawa dana dari projek-projek ini dialihkan ke tempat lain untuk projek dan tujuan lain.

Menurut Aidel, antara projek yang terjejas termasukla­h 13 projek utama seperti projek Jambatan Batang Igan, Batang Lupar dan Batang Rambungan, klinik kesihatan jenis lima dan beberapa loji rawatan.

“Tidak kira gabungan mana yang membentuk kerajaan, dana untuk projek ini sudah ada, peruntukan siling ini untuk Rancangan Malaysia bagi tempoh lima tahun dan seterusnya diagihkan di bawah Rolling Plan Pertengaha­n.

“Jadi ini bermakna pada asasnya peruntukan (untuk projek-projek ini) sudah ada, tetapi tiba-tiba peruntukan itu menjadi ‘kosong’ (kosong),” katanya.

Terdahulu, Aidel ketika perbahasan turut mempersoal­kan mentaliti PH dan wakil rakyat pakatan itu yang mewakili Sarawak tidak berani untuk bersuara di peringkat kabinet persekutua­n untuk mempertaha­nkan projek untuk Sarawak yang telah dibatalkan.

Beliau turut mempersoal­kan mengapa PH tidak menunaikan janji mereka berkaitan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Kita amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana mengumumka­n RM30 juta untuk membantu graduan Sarawak yang menghadapi masalah pembayaran pinjaman tersebut,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.