Awla mohon inisiatif khidmat bas sekolah percuma turut dilaksana di luar bandar

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris memohon inisiatif perkhidmat­an bas sekolah percuma turut dilaksanak­an di luar bandar khususnya Simunjan.

Menurut Awla, terdapat dua sekolah menengah di kawasan Simunjan yang agak jauh dari pekan iaitu SMK Sri Sadong dan SMK Simunjan No.1.

Sekiranya keperluan ini dilaksanak­an ia dapat mengurangk­an beban ibu bapa yang menanggung bayaran bulanan perkhidmat­an van dan bas sekolah sekitar RM80 hingga RM120 seorang, kata Awla.

Awla ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam turut menyuaraka­n keperluan lampu jalan di Jambatan Simunjan.

Jambatan ini yang terletak di Kampung Sageng dan Jambatan Gedong katanya, masih bergelap dan sangat berbahaya kepada pengguna jalan.

Masalah ini katanya, sering beliau suarakan namun sehingga kini belum ada tindakan daripada Kementeria­n Utiliti.

“Masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan saya juga adalah penyambung­an Grid Utama Elektrik ke rumah.

“Sehingga sekarang masih ada rumah penduduk yang belum disambung kemudahan elektrik dan terpaksa menyambung elektrik di rumah keluarga ataupun saudara yang berdekatan.

“Saya berharap kementeria­n berwajib mengambil langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi penduduk di kawasan saya,” ujarnya.

Mengenai Stadium Mini Simunjan yang telah siap pada 2017, Awla berkata sehingga sekarang ia belum dapat digunakan kerana masih banyak kemudahan yang perlu dinaik taraf.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan negeri melalui kementeria­n berwajib dapat menambah peruntukan yang telah diluluskan bagi menyiapkan sepenuhnya Stadium Mini Simunjan.

AWLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.