Lions dan Buruh Sibu jayakan kempen derma darah

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Kelab Lions Sibu dan Persatuan Buruh Sibu telah menganjurk­an kempen menderma darah di Tingkat 4, Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini, kelmarin.

Pengerusi pengelola program Peter Goh berkata, kempen ini terbuka kepada orang ramai selain ahli keduadua persatuan itu.

“Ini merupakan kali keenam kita bekerjasam­a menganjurk­an kempen sedemikian sejak dua tahun lalu,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, antara tujuan program adalah untuk membantu Bank Darah Hospital Sibu mendapatka­n bekalan darah yang mencukupi.

Sementara itu, pada kempen yang diadakan dari jam 9 pagi hingga jam 2 petang itu sebanyak 35 pain darah telah berjaya diperolehi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.