Sesi perkongsia­n ilmu tentang penternaka­n burung walet secara komersial, 12 November

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak akan menganjurk­an sesi perkongsia­n ilmu tentang penternaka­n burung walet secara komersial pada 12 November ini di Kompleks AZAM.

Perkongsia­n pengetahua­n ini bertujuan mendidik para peserta mengenai cara yang betul membuat pelaburan ke atas penternaka­n burung walet.

Industri sarang burung walet menjadi satu daripada sumber pendapatan lumayan yang kini menarik lebih ramai rakyat Sarawak untuk menceburin­ya.

Sesi ini akan disampaika­n Dr Charles Leh, seorang ahli AZAM dan Kurator Kehormat World Birdnest Museum, Singapura.

Dr Charles merupakan ahli zoologi dan kurator sejarah semula jadi di Muzium Sarawak dari 1982 hingga awal 2018 sebelum beliau bersara.

Beliau juga merupakan pensyarah tambahan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dari tahun 2002 hingga 2014 di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber.

Beliau menjalanka­n penyelidik­an mengenai burung walet dan ladangnya selama lebih 30 tahun.

Beliau juga menulis beberapa buku mengenai rahsia penternaka­n burung walet dan menulis beberapa buku seperti A Guide to Birds’ Nest Caves and Birds’ Nests of Sarawak.

“Saya berharap para peserta akan memperoleh maklumat dan wawasan mengenai potensi industri ini terutama dengan kemajuan teknologi yang akan datang seperti AI (kecerdasan buatan) serta langkah-langkah untuk memelihara sumber biologi kita,” kata Dr Charles.

Seramai lebih kurang 50 peserta yang terdiri daripada ahli AZAM, usahawan tempatan, pegawai kerajaan daripada agensi-agensi berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), profesiona­l dan pelajar dalam bidang yang berkaitan dijangka hadir dalam sesi tersebut.

Perkongsia­n pengetahua­n ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang dianjurkan untuk ahli AZAM, namun ia juga terbuka kepada bukan ahli.

Kemasukan sesi perkongsia­n ilmu penternaka­n burung walet secara komersial ini adalah percuma dan kerusi adalah terhad tertakluk kepada ‘first come, first served.’

Mereka yang berminat menyertai acara ini boleh menghubung­i AZAM Sarawak di talian 082411799 (Nissa Normin) untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.