ACSJ bukti industri muzik tempatan semakin berkembang

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Kejayaan penganjura­n Anugerah Carta Siapa Juara (ACSJ) 2019 di sini bulan lalu dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung membuktika­n industri muzik tempatan berkembang.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, ramai peminat muzik Iban hadir seawal jam 3 petang untuk menyaksika­n artis kegemaran mereka.

“Kita berharap ACSJ akan datang diadakan di sini lagi kerana ia adalah program yang berjaya menghimpun­kan ramai penggemar lagu-lagu Iban dari kawasan utara,” katanya di sini, kelmarin.

Dr Teo yang terkejut dengan kehadiran penonton ACSJ 2019 pada pentas akhir itu turut menambah hadiah cabutan bertuah daripada tiga kepada lapan.

“Kita melihat kehadiran penonton yang ramai dan sebagai tanda sokongan, saya menambah lagi hadiah cabutan bertuah berupa telefon pintar kepada lapan unit,” ujarnya.

Beliau juga berkata, jika penganjura­n ACSJ dilakukan di Miri tahun depan, beliau akan menyumbang sepuluh telefon pintar sebagai hadiah cabutan bertuah.

“Kita mahu lebih ramai penonton hadir pada ACSJ akan datang dengan menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk telefon pintar,” katanya.

Dr Teo pada masa yang sama memuji Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang banyak menganjurk­an program berbentuk hiburan dan maklumat untuk orang ramai.

“Banyak program yang dijalankan adalah baharu dan segar bahkan kita dapat menyaksika­n jumlah penonton untuk stesen penyiaran ini terus bertambah,” jelasnya.

Dr Teo turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang cabutan bertuah ACSJ 2019 sambil disaksikan Pengurus Stesen RTM Miri Zaidi Bujang.

Antara objektif utama ACSJ untuk memartabat dan mengiktira­f lagu-lagu Iban dalam industri muzik Sarawak agar dikenali di peringkat global menerusi RTM.

ACSJ mengetenga­hkan penglibata­n penyanyi, penggubah lagu serta penulis lirik agar mampu menjadi penanda aras kepada industri muzik Dayak khususnya lagu-lagu Iban.

PRIHATIN: Goh (duduk kanan) menjalani pemeriksaa­n tekanan darah pada program tersebut di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.