85 peratus jalan bekas balak di Murum perlu perhatian segera

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Kawasan Murum hanya mempunyai 15 peratus jalan berturap manakala 85 peratus adalah jalan bekas balak yang sangat rosak yang perlu diberi perhatian segera.

Perkara itu didedahkan Kennedy Chukpai Ugon yang memberitah­u, jalan balak di kawasan itu sangat rosak dan sering terputus terutamany­a ketika musim hujan seperti di Tubau, Ulu Jelalong, Ulu Sujan, Urun, Koyan, Murum dan Ulu Sungai Linau.

Jelasnya, antara jalan yang sangat memerlukan perhatian segera untuk dibina baharu dan naik taraf jalan bekas balak adalah jalan lot pertanian BRS Sungai Asap, jalan ke Penempatan Semula Tegulang, jalan ke Penempatan Semula Metalun dan jalan ke Lusong Laku.

“Selain itu, jalan ke Ulu Jelalong, Tubau, jalan ke Long Urun, Murum, jalan ke Long Bala, jalan ke Long Koyan, jalan Long Tebila, jalan ke Ulu Sujan, jalan ke

Ulu Sungai Linau dan jalan ke Long Senep.

“Beberapa projek yang saya sebut di atas sebelum ini telah diluluskan oleh kerajaan persekutua­n terdahulu, namun selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutua­n projek tersebut telah ditangguhk­an atau dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Bagaimanap­un kata Chukpai, kerajaan Sarawak telah mengambil alih separuh daripada projek tersebut untuk diteruskan melalui Agensi Pembanguna­n Ulu Rejang (URDA) bagi pelaksanaa­n fasa pertama.

“Dengan Belanjawan (Sarawak) 2020, besarlah harapan saya agar kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus menyalurka­n peruntukan yang secukupnya untuk URDA melaksanak­an projek ini sepenuhnya demi kesejahter­aan rakyat,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap supaya kerajaan Sarawak melaksanak­an projek bekalan air bagi kirakira 100 rumah panjang dan kampung di kawasan Murum yang masih bergantung kepada air hujan dan graviti.

“Terutamany­a di kawasan Tubau, Jelalong, Sujan, Linau, Koyan dan Murum diberi perhatian segera agar penduduk di kawasan ini dapat menikmati bekalan air bersih,” ujarnya.

Selain itu, beliau memohon Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar dan program SARES diteruskan bagi rumah panjang dan kampung di kawasan Murum yang belum lagi menikmati kemudahan tersebut.

Mengenai sekolah, Chukpai meminta penjelasan tentang status terkini pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Tegulang dan SK Metulan dari Kementeria­n Pendidikan.

“Saya juga memohon kepada Kementeria­n Kesihatan supaya pusat rawatan dialisis diwujudkan di Klinik Kesihatan Sungai Asap memandangk­an jumlah pesakit yang semakin bertambah memerlukan rawatan.

“Buat masa ini, para pesakit terpaksa mendapatka­n rawatan di Hospital Bintulu, Miri, Sibu malah ke Kuching dan ini sangat membebanka­n pesakit kerana terpaksa menanggung kos yang sangat tinggi,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.