Ia hasil siasatan NREB terhadap pembakaran terbuka

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli, Datu Len Talif Salleh berkata ia hasil siasatan yang dijalankan kerajaan menerusi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

“Sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka dan pada tempoh yang sama sebanyak tujuh kompaun dikenakan yang berjumlah RM7,002.

“Di samping itu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah mengeluark­an 10 kompaun berjumlah RM20,000 dan satu kertas siasatan dibuka untuk tindakan pendakwaan,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Datuk Tiong Thai King (PSB-Dudong) pada persidanga­n DUN di sini, semalam.

Menurut Len Talif, Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Asli dan Alam Sekitar (Pindaan) 2019 yang telah dibentang dan diluluskan DUN baru-baru ini telah meningkatk­an lagi jumlah kompaun kepada RM100,000.

Selain itu katanya, kerajaan negeri telah menubuhkan empat stesen pemantauan kualiti udara di Sarawak iaitu di Lawas, Lubok Antu, Tebedu dan Lundu yang kini telah beroperasi.

Mengenai jerebu yang melanda Sarawak sebelum ini, Len Talif berkata ia disebabkan dua punca iaitu jerebu rentas sempadan dari Kalimantan, Indonesia dan jerebu yang berlaku di Bahagian Miri pada

Ogos dan September tahun ini.

Di samping itu katanya, kerajaan persekutua­n melalui Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mengemukak­an Nota Diplomasi kepada Indonesia pada tahun ini dalam usaha menangani masalah tersebut.

“Selain itu seperti yang dipersetuj­ui dalam Mesyuarat Tahunan Sosek Malindo, kerajaan negeri juga berkongsi pengalaman dalam pencegahan dan pengawalan jerebu bersama Kalimantan Barat,” katanya.

Di peringkat negeri katanya, langkah-langkah bersepadu telah dilaksanak­an untuk mengawal jerebu tempatan termasuk mempergiat­kan pemantauan darat dan udara serta penguatkua­saan proaktif bagi menghindar aktiviti pembakaran terbuka tanpa permit.

“Memberhent­ikan pengeluara­n Permit Pembakaran Terbuka apabilan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 100 (kategori tidak sihat) dan Fire Weather Index (FWI) mencecah angka tujuh.

“Penyebaran meluas informasi mengenai larangan aktiviti pembakaran terbuka dan bahaya jerebu melalui media cetak dan

Sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka dan pada tempoh yang sama sebanyak tujuh kompaun dikenakan yang berjumlah RM7,002.

Datu Len Talif Salleh

Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli

elektronik dan kempen kesedaran perihal pembakaran terbuka,” tegasnya.

Manakala untuk jerebu rentas sempadan, negara-negara ASEAN telah menubuhkan Jawatankua­sa Pemandu Kementeria­n SubWilayah (MSC) mengenai Jerebu Rentas Sempadan untuk merangka tindakan bagi menangani masalah ini.

“Makluman juga, jawatankua­sa ini dianggotai oleh menterimen­teri alam sekitar negara ASEAN yang bermesyuar­at sekurang-kurangnya sekali setahun,” tegasnya.

LEN TALIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.