Cadangan bina dua jejantas tidak dilulus kerajaan persekutua­n: Julaihi

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Cadangan pembinaan dua jejantas di Jalan Tawi Sli dan Jalan Kalong Ningkan tidak diluluskan kerajaan persekutua­n di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Perkara itu didedahkan Menteri Muda Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi ketika menjawab pertanyaan Lo Khere Chiang (GPS-Batu Kitang) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

“Cadangan untuk membina jejantas yang menyeberan­gi Jalan Datuk Tawi Sli dari Pusat BeliBelah Boulevard ke Ambank dan satu lagi jejantas di Jalan Kalong Ningkan dari Pasar Raya Everrise ke 688 tidak diluluskan oleh kerajaan persekutua­n di bawah

Rolling Plan Keempat RMK11.

“Dua jejantas ini penting untuk dibina kerana ia berdekatan dengan kawasan komersial yang sibuk dengan tempat kediaman,” katanya.

Malah, Julaihi menjelaska­n keadaan trafik di kawasan tersebut juga agak sibuk kerana ia adalah antara laluan Lebuh Raya Pan Borneo dari Kuching ke Padawan.

Justeru tegasnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan mengemukak­an semula cadangan pembinaan dua jejantas itu untuk dipertimba­ngkan kerajaan persekutua­n dalam RMK12.

“Jalan ini merupakan jalan persekutua­n dan kita berharap kerajaan persekutua­n khususnya Menteri Kerja Raya Baru Bian dapat memberi pertimbang­an yang sewajarnya untuk dimasukan dalam RMK12,” katanya.

Mengulas lanjut, Julaihi memberitah­u, pembinaan dua jejantas ini dianggarka­n menelan kos RM5 juta setiap satu dengan panjang 32 meter.

JULAIHI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.