Projek ‘State Grid’ untuk bandar Limbang dijangka siap hujung 2020

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Projek penyambung­an bekalan elektrik menerusi ‘State Grid’ untuk bandar Limbang dijangka siap pada penghujung 2020.

Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar Datuk Liwan Lagang berkata, rancangan menyambung­kan bandar Limbang ke ‘State Grid’ adalah sebahagian daripada Projek Agenda Bahagian Utara Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Paulus Gumbang (GPS-Batu Danau) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Dalam pada itu, Liwan memberitah­u, pembinaan pencawang 275kv di bandar Limbang dijangka siap pada suku pertama 2022.

Jelasnya lagi, bandar Limbang akan mendapat bekalan elektrik melalui talian grid penghantar­an 275kv dari pencawang Bunut.

Menjawab pertanyaan Rolland Duat Jubin (GPS-Meluan) berhubung cadangan kerajaan sama ada meneruskan program Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) kepada lima rumah panjang ke kawasan pedalaman Sungai Ulu Kanowit, Liwan berkata projek untuk lima rumah panjang itu dijangka siap 2020 dan 2021.

Beliau menjelaska­n, antara lima rumah panjang terbabit, Rumah Belawan di Nanga Apo melalui projek SARES Fasa Lima dijangka siap pada 2020.

“Bagi Rumah Ringgit dan Rumah Linggong di Nanga Apo serta Rumah Bendali dan Rumah Mancha di Nanga Ensiring melalui Projek Rakyat ‘Last Miles’ Fasa Tiga, ia dijangka siap pada awal 2021,” katanya.

LIWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.