Jabatan Perikanan akan berbincang dengan agensi berkaitan untuk cari jalan membangunk­an nelayan tempatan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan - Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Jabatan Perikanan akan melihat inisiatif ke hadapan dalam usaha mempergiat­kan industri perikanan di Bintulu seiring dengan kepesatan pembanguna­n bandar ini dan Samalaju.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan­nya Datuk Dr Bah Piyan Tan berkata, pihaknya akan berbincang dengan agensi-agensi melibatkan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk tujuan itu.

Katanya, usaha itu bagi memastikan nelayan tempatan tidak ketinggala­n dan membincang­kan cara membangun dan menstruktu­r semula industri perikanan seiring dengan pembanguna­n yang telah dirancang BDA.

Jelasnya, beliau telah melawat jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pasar Ikan Sebiew, pasar ikan pusat bandar Bintulu, lokasi pendaratan ikan serta beberapa lokasi berkaitan lain.

“Perlunya mengambil limpahan daripada pembanguna­n bandar ini termasuk kepesatan pembanguna­n yang berlaku di Samalaju (Taman Perindustr­ian Samalaju),” ujarnya pada Program

Penglibata­n Bersama Komuniti Perikanan dan Kempen Kesedaran Nelayan Bintulu anjuran Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), LKIM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di

Bilik Seminar Dewan Suarah Bintulu semalam.

“Saya juga telah singgah di Samalaju dari Miri, saya melihat perancanga­n pembanguna­n tempat itu sangat cepat maka sekiranya (nelayan) tidak mengambil peluang itu, industri perikanan akan ketinggala­n dan mundur berbanding industriin­dustri lain.”

Justeru katanya, penubuhan #myKomuniti Perikanan (#myKP) merupakan satu proses yang diwujudkan Jabatan Perikanan sebagai mekanisme kerajaan membangun industri perikanan melalui penglibata­n komuniti nelayan dalam sektor-sektor tertentu sama ada perikanan, pelanconga­n dan sebagainya atau mencipta sesuatu melalui aktiviti setempat.

Beliau berkata, ada aktiviti yang boleh dirancang oleh #myKP perlu memohon

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Perikanan

kepada kerajaan sama ada melalui Jabatan Perikanan, LKIM, agensi negeri dan sebagainya yang boleh diurus supaya menjadi kenyataan.

“Di peringkat jabatan, kami boleh pertimbang­kan di bawah peruntukan ‘touch point’ tetapi kami melihat skop mana boleh dibantu, namun mereka boleh kemukakan cadangan tertentu sama ada melalui daerah atau negeri,” jelasnya.

Dr Bah Piyan berkata, industri perikanan di Bintulu mempunyai potensi yang amat besar dan merupakan pengeluar ikan yang kedua terbesar di negeri ini selepas Kuching.

“Sekarang banyak bot-bot (nelayan) memasuki Bintulu kerana Bintulu mempunyai prospek paling tinggi untuk dibangunka­n sebagai pusat industri perikanan dan terdapat 222 vesel yang beroperasi di sini yang juga mempunyai potensi untuk dibangunka­n,” tambahnya.

Menurutnya, ikan-ikan yang ditangkap di sini ada yang disejuk beku, dihantar ke Kuching dan sebagainya, maknanya potensi industri itu sangat besar pada masa akan datang.

“Maka melalui penubuhan #myKP yang merangkumi tiga tempat iaitu Bintulu, Tatau dan Nyalau, kami berharap mereka menjadi orang perantaraa­n dan perhubunga­n dengan Jabatan Perikanan atau agensi-agensi berkaitan.

“Setiap #myKP di Bintulu juga diharap mempunyai projek tertentu yang boleh dilaburkan sama ada melibatkan peningkata­n ekonomi, pegawasan sumber dan sebagainya,” tambahnya.

Hadir sama Pengarah JPLS Bohari Leng, Bahagian Pengembang­an dan Pemindahan Teknologi Zainuuddin Abdul Wahab, Pegawai Wilayah 3 LKIM Miri Raymond Rosidih, Ketua Perikanan Wilayah 3 Miri Buniamin Kiprawi, Ketua Perikanan Daerah Bintulu Zukifli Ramli, Pegawai AADK Daerah Bintulu Nicholas Sam dan Pengarah Maritim Zon Bintulu Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah.

Perlunya mengambil limpahan daripada pembanguna­n bandar ini termasuk kepesatan pembanguna­n yang berlaku di Samalaju (Taman Perindustr­ian Samalaju).

Datuk Dr Bah Piyan Tan

PELANTIKAN: Dr Bah Piyan (tiga kanan) menyampaik­an Sijil Ketua Jaringan Perikanan (KJP) kepada seorang wakil komuniti nelayan di Bintulu sambil disaksi Bohari (dua kiri) serta tetamu lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.