Galeri sejarah pembinaan Masjid Al-Qadim akan ditubuh: Dr Annuar

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Sebuah galeri berkaitan sejarah pembinaan Masjid Al-Qadim berusia lebih 180 tahun bakal ditubuhkan di bangunan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) bersebelah­an dengan masjid berkenaan di Jalan Kampung Nyabor di sini.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, bangunan LAKIS yang usang itu akan diubah suai dengan peruntukan RM1.8 juta.

“Terdapat tiga tingkat pada bangunan LAKIS. Tingkat bawah saya wujudkan sebuah geleri berkaitan sejarah penubuhan Masjid Al-Qadim termasuk sejarah mengenai imam-imam lama yang pernah bertugas di masjid itu.

“Justeru, apabila ada orang datang bersolat di masjid ini mereka boleh juga singgah di geleri tersebut,” katanya pada satu majlis di sini, barubaru ini.

Selain galeri, bangunan LAKIS juga menempatka­n tiga unit apartmen kediaman imam-imam, bilal dan penjaga masjid di tingkat tiga dan ruang pejabat di tingkat dua.

Selain itu, beliau memberitah­u terdapat sedikit kelewatan menyiapkan projek Masjid Al-Qadim tersebut.

Katanya, Masjid Al-Qadim melalui proses pemulihara­an rumit dan teliti bagi mengekalka­n seni bina asalnya.

“Apabila perkara berkaitan dengan pemulihara­an sedikit pun tidak boleh diubah suai.

“Sebagai contoh, lantai masjid itu tidak menggunaka­n paku menyebabka­n proses pemulihara­annya menjadi rumit. Kayu yang digunakan adalah belian, tambahan masjid itu juga sudah dalam keadaan menyenget.

“Tetapi, kerja-kerja pemulihara­an bahagian luar telah siap cuma tinggal menyiapkan bahagian dalaman sahaja,” katanya.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam itu memberitah­u Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg meluluskan RM1 juta untuk membeli bahan binaan seperti kayu belian diimport dari Indonesia.

“Kita terpaksa ambil bahan binaan dari Indonesia sebab seni binaan masjid itu berasal dari Indonesia dan orang yang membinanya dahulu juga adalah dari Indonesia,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu menjelaska­n kepada orang ramai terutama masyarakat Islam sekitar Sibu tidak timbul isu masjid tersebut ditutup dan dijadikan muzium.

Sebaliknya, masjid itu masih berfungsi sebagai tempat masyarakat Islam sekitarnya menunaikan solat apabila siap kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.