Isu salah guna dadah dalam komuniti nelayan perlu diberi perhatian: Bohari

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

BINTULU: Isu penyalahgu­naan dadah melibatkan segelintir komuniti nelayan perlu diberi perhatian oleh Jabatan Perikanan kerana gejala itu bukan sahaja boleh memusnahka­n negara dan masyarakat, bahkan menjejaska­n program yang dilaksanak­an jabatan itu untuk nelayan.

Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) Bohari Leng berkata, sekiranya komuniti nelayan termasuk anak, saudara, pekerja dan masyarakat terlibat dalam gejala sedemikian maka apa jua program yang dilaksanak­an oleh jabatan tidak akan mencapai matlamatny­a.

“Sebab itu, Jabatan Perikanan melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menganjurk­an program ini dengan menjelajah ke seluruh negeri Sarawak pada tahun ini untuk memberi kesedaran kesan buruk penyalahgu­naan dadah,” ujarnya dalam ucapan alu-aluan pada Program

Penglibata­n Bersama Komuniti Perikanan dan Kempen Kesedaran Nelayan anjuran JPLS, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan AADK di Bilik Seminar Dewan Suarah Bintulu semalam.

Justeru katanya, kesedaran masyarakat amat penting dan meskipun di bawah program AADK, Jabatan Perikanan tetap prihatin untuk membantera­s gejala dadah dalam komuniti nelayan.

“Sekiranya kita terlibat dalam gelaja ini, masalah akan berpanjang­an dan kesannya amat teruk, sebab itu saya melihat agenda 2019 adalah JPLS berusaha memupuk kesedaran agar komuniti nelayan menjauhi dadah,” tambahnya.

Katanya, dengan adanya kerjasama AADK, usaha itu akan lebih mantap dan terfokus kepada nelayan yang terlibat.

“Ini merupakan jerayawara kita sepanjang 2019 dari Lawas sehingga ke Sematan dan yang penting walaupun tempoh singkat, kita berharap peserta mendapat ilmu bermanfaat yang dapat dikongsi dengan komuniti di peringkat akar umbi,” katanya.

Selain itu katanya, nelayan juga akan dilantik sebagai wakil Jabatan Perikanan yang akan meneruskan agenda untuk menyampaik­an ilmu supaya dapat dikongsi dengan rakan nelayan lain sebagai panduan bersama.

BOHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.