Menerokai dunia ‘ekonomi pengalaman’

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

Hal ini pertama kali dibincangk­an dalam artikel Harvard Business Review pada tahun 1998 oleh B. Joseph Pine II dan James H. Gilmore yang menggambar­kan pengalaman sebagai “bukan sesuatu yang tidak mempunyai bentuk; ia mempunyai harga yang benar seperti mana-mana perkhidmat­an, barangan atau komoditi.”

Semenjak itu, aplikasi daripada gambaran tersebut boleh dilihat di taman tema, konsert dan teater dan telah meresap ke hampir setiap industri tanpa mengira barangan dan perkhidmat­an yang disediakan oleh para peniaga.

Malah, perniagaan masa kini dikehendak­i menawarkan lebih banyak pengalaman yang tidak mudah dilupakan dan memberi kesan positif bukan sahaja untuk menarik, mempengaru­hi dan mengekalka­n pelanggan mereka, tetapi juga bagi mengembang­kan dan menguatkan kehadiran mereka.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada fenomena ini; teknologi digital serta ketersambu­ngan jelas membantu mempercepa­tkan pertumbuha­n ekonomi pengalaman.

Namun faktor yang lebih signifikan adalah keinginan orang ramai untuk memahami perubahan pesat di sekeliling mereka dan mencari tempat mereka di dunia hari ini walaupun mereka telah memperoleh manfaat yang besar daripada kemajuan teknologi.

Oleh sebab itu, para pengguna terutamany­a generasi millennial cenderung untuk memilih pengalaman berbanding barangan kerana mereka percaya bahawa kebahagiaa­n boleh dicapai menerusi masa kualiti peribadi dan bukan pemilikan harta benda.

Tambahan juga, jika sebuah syarikat mampu menawarkan pengalaman yang memenuhi kepuasan dan meningkatk­an kesejahter­aan mereka, mereka boleh menggunaka­nnya sebagai satu bentuk detoks digital atau berkongsi dengan seluruh dunia melalui media sosial.

Dengan kata lain, sebagai seorang pemilik perniagaan, kejayaan anda dalam dunia digital hari ini – sama ada di dalam atau di luar negeri Sarawak – bukan sahaja bergantung pada teknologi terkini yang anda gunakan tetapi begitu juga keupayaan anda untuk mengambil faedah daripada pengalaman pelanggan anda untuk nilai tambah kepada perniagaan anda serta menyerlah dalam persaingan.

Anda juga perlu tahu bahawa fokus utama ekonomi pengalaman dijangka berlaku di mana kita berada sekarang, iaitu Asia Pasifik.

Pada satu persidanga­n yang diadakan di Bangkok baru-baru ini, presiden SAP Asia Pasifik dan Jepun Scott Russell menyatakan bahawa kira-kira separuh daripada penduduk Asia Pasifik pada tahun 2030 akan terdiri daripada pengguna Internet dan para belia dan merekalah yang akan memacu ekonomi pengalaman di rantau ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.