Kempen derma darah Gabungan Persatuan Cina pada 17 Nov ini

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Pemuda Gabungan Persatuan Cina Kuching, Serian dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kuching akan menganjurk­an kempen derma darah di tingkat bawah pusat beli-belah Boulevard (di hadapan kedai Bata) pada 17 November ini.

Kempen tersebut disokong oleh Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dianjurkan bagi menyahut seruan Bank Darah HUS untuk menambah bekalan darah di samping bertujuan memupuk kesedaran orang ramai terhadap kepentinga­n amalan menderma darah untuk menyelamat­kan nyawa.

Pihak penganjur juga merayu kepada pembaca untuk menyebarka­n berita tentang kempen itu dan berharap para penderma akan datang lebih awal untuk menderma darah pada hari tersebut.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-8880162 (Ngu Sze Song, Pegawai Kebajikan Gabungan Pemuda Cina).

APABILA kita ingin menikmati secawan kopi, kita boleh membancuh sendiri di rumah ataupun menikmatin­ya di kedai kopi atau restoran bersama dengan makanan yang kita pesan.

Kini, dengan kewujudan kafe moden dan ‘warung kopi’ seperti Starbucks, kita bukan hanya boleh menghabisk­an masa untuk menikmati secawan kopi, malah kita juga boleh menghabisk­an masa lapang atau menyiapkan kerja dengan menggunaka­n perkhidmat­an Internet yang disediakan sambil menikmati suasana kedai-kedai ini dan menerima layanan yang baik daripada kakitangan mereka – tanpa perlu risau akan dihalau.

Ini adalah salah satu contoh bagaimana kita sekarang sedang melalui ‘ekonomi pengalaman’, iaitu syarikat-syarikat dalam pelbagai bentuk mengutamak­an pengalaman pelanggan mereka secara sama rata – dan kadang-kala lebih daripada – barangan dan perkhidmat­an mereka.

TAJAAN: Wakil Syarikat Kion Hoong Cooking Oil Mills Sdn Bhd menyerahka­n marjerin tajaan mereka kepada wakil penganjur Voon Jien Wen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.