Pelajar tahfiz maut dengan kesan lebam pada badan

Mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dihantar ke sebuah pusat tahfiz tidak berdaftar di Lanchang, Temerloh dekat sini, maut dengan kesan lebam pada tubuhnya, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1 petang, semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang.

Katanya, polis kini menahan tiga remaja berusia 13 tahun yang juga pelajar di pusat tahfiz itu bagi membantu siasatan kematian mangsa.

“Maklumat awal menyatakan mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita pusat tahfiz itu, yang kemudianny­a membawa mangsa ke klinik kesihatan tersebut.

“Mangsa difahamkan baru belajar di situ sejak pertengaha­n Oktober lepas, bersamasam­a dengan abang tirinya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Othman berkata siasatan awal mendapati pusat tahfiz yang beroperasi di sebuah rumah batu mula mengambil pelajar sejak awal tahun ini, dan buat masa ini mempunyai empat pelajar termasuk mangsa.

Maklumat awal menyatakan mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita pusat tahfiz itu, yang kemudianny­a membawa mangsa ke klinik kesihatan tersebut.

Datuk Othman Nanyan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang

Pusat tahfiz itu dikendalik­an oleh pasangan suami isteri, dengan tenaga pengajarny­a ialah suami kepada warden tersebut.

Othman berkata bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan di Hospital Sultan

Haji Ahmad Shah, Temerloh semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.