Arak, rokok tanpa cukai bernilai RM12.41 juta diseludup masuk ke negara ini dilupuskan: Kastam

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Undang-undang yang ketat diperlukan bagi mengekang aktiviti basikal lajak kerana ia melibatkan keselamata­n pengguna jalan raya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.

“Pihak polis sebuah badan penguat kuasa, kami memerlukan undang undang yang ketat bagi isu ini (basikal lajak) dan lain yang boleh menjejaska­n ketenteram­an dan kesejahter­aan awam.

“Kami melihat kepada peruntukan undang-undang dan kaedah terbaik yang boleh mengekang aktiviti ini,” katanya kepada pemberita selepas Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaia­n Sijil Program Latihan Asas Kepolisan (Plak) Kadet Inspektor Siri 1/2019 di Dataran Kawad,

Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, semalam.

Isnin lepas, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT)

Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah undangunda­ng itu boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Azisman berkata sebanyak 116 basikal lajak dirampas dalam 13 operasi yang dilaksanak­an bermula Januari hingga Oktober lalu dengan 26 lokasi tumpuan dikenal pasti dijadikan litar basikal lajak yang membabitka­n lapan negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Johor, Kelantan dan Sabah.

Terdahulu, seramai 170 anggota inspektor kadet berjaya menamatkan latihan menyertai perbarisan tamat kursus asas kadet. — Bernama

SEREMBAN: Sebanyak 1,968,654 liter minuman keras pelbagai jenama dan 10.32 juta batang rokok yang kesemuanya dianggarka­n bernilai RM12.41 juta yang diseludup masuk ke negara ini tanpa cukai, dilupuskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), semalam.

Ketua Pengarah Datuk Seri Paddy Abd Halim berkata kedua-dua item itu telah dirampas dari dua operasi berasingan di Pelabuhan Klang, Selangor, masing-masing pada April lepas dan kelmarin, membabitka­n nilai cukai sebanyak RM61.87 juta.

Beliau berkata bagi kes minuman keras yang dirampas dalam Ops Jaring yang dijalankan di Pelabuhan Klang, Selangor, April lepas, sembilan individu warga tempatan telah selesai direman bagi membantu siasatan.

“Kita berjaya mengesan modus operandi yang digunakan dalam aktiviti penyeludup­an itu iaitu menggunaka­n gudang beberapa buah syarikat pemilik lesen import sebagai stor penyimpana­n sementara atau transit sebelum diseludup masuk ke negara ini.

“Hasilnya kita mendapati terdapat sebanyak 113 kontena digunakan untuk menyimpan minuman keras berkenaan. Bagaimanap­un sehingga kini, tiada pihak mengaku barangan tersebut adalah milik mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis pelupusan barangan lucuthak Kastam di tapak pelupusan Mambau, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Azimah Abd Hamid dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) Datuk Dr Zulkefli Ibrahim.

Paddy berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 1976, yang memperuntu­kkan denda sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga berjaya menghalang cubaan penyeludup­an rokok rentas sempadan dengan penahanan sebuah kontena yang berisi dua jenama rokok di Pelabuhan Klang, kelmarin.

“Pemeriksaa­n ke atas Borang Kastam 1 (Import) menunjukka­n dagangan dalam sebuah kontena tersebut diikrar sebagai skirt wanita, pakaian wanita, rompi, namun isi kandungan fizikal dagangan adalah berbeza.

“Sehubungan itu, dua lelaki tempatan ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki menguruska­n pengikrara­n dagangan dalam kontena tersebut bagi membantu siasatan,” katanya. — Bernama

— Gambar Bernama

TERIMALAH: Mazlan menyampaik­an Sijil Terbaik Keseluruha­n Program Latihan Asas Kepolisan (Plak) kepada Kadet Inspektor Bil. 5 Siri 1/2019 Amirul Syafiq Mohd Noor pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaia­n Sijil Program Latihan Asas Kepolisan (Plak) Kadet Inspektor Bilangan 5 Siri 1/2019.

— Gambar Bernama

DILUPUSKAN: Datuk Seri Paddy (tiga kiri) bersama pegawainya melihat minuman keras yang dilupuskan pada majlis pelupusan barangan lucuthak Kastam di tapak pelupusan Mambau, dekat Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.