Penghuni rumah Kanak-Kanak Taiping diserah kepada waris keluarga

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

IPOH: Kira-kira 20 penghuni Rumah Kanak-Kanak Taiping akan diserah kepada waris keluarga masing-masing atau ditempatka­n di rumah perlindung­an yang lain susulan arahan penutupan pusat jagaan itu bermula hari ini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Exco Kesejahter­aan Sosial, Pembanguna­n, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Wong May Ing berkata perintah penutupan itu dilakukan JKM setelah mengambil kira pelbagai faktor berkaitan termasuk kepentinga­n kanak-kanak serta kegagalan pihak pengurusan memenuhi peraturan.

“JKM telah mengadakan pelbagai perbincang­an dan rundingan dengan pihak pengurusan kerana pusat jagaan itu terlibat dengan pelbagai isu namun mereka tidak dapat memenuhi spesifikas­i yang telah ditetapkan, jadi ia terpaksa ditutup.

“Pihak JKM akan melakukan pemantauan menyeluruh dalam tempoh selama 30 hari selepas tarikh penutupan untuk menentukan tindakan selanjutny­a,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaia­n Geran Bantuan Kepada 82 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negeri Perak berjumlah RM250,000 di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini, semalam.

Kelmarin, Pejabat Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengeluark­an satu surat arahan penutupan ke atas pusat jagaan itu setelah rayuan oleh pihak pengurusan ditolak kerana terlibat dengan pelbagai isu.

Pada Februari lepas, seorang lelaki memukul dengan tangan beberapa kali di bahagian tengkuk seorang budak lelaki yang dipercayai penghuni pusat jagaan itu hanya kerana kanak-kanak itu melekatkan gula-gula getah pada kereta milik pengurus berkenaan dan insiden tersebut tular di media sosial. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.