Mayat lelaki ditemui di Sungai Kim Kim

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

JOHOR BAHRU: Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mulai kembung ditemui di dalam Sungai Kim Kim, berhampira­n sebuah kolam memancing di Jalan Cermai, Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang, di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata mayat mangsa dipercayai warga tempatan dianggarka­n berusia lewat 40 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada jam 11.41 pagi Rabu lalu.

Katanya, ketika ditemui mangsa hanya berseluar trek berwarna hitam.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarka­n daripada kawasan sungai tersebut dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n awal pasukan forensik terhadap mayat tidak menjumpai sebarang tanda kecederaan yang boleh dikaitkan dengan kejadian jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, ciri-ciri fizikal mangsa antaranya mempunyai susuk tubuh tegap, ketinggian 170 sentimeter, berkulit cerah dan anggaran berat 90 kilogram.

“Kesan parut suntikan vaksin Bacille Calmette Guerin (BCG) juga tidak dapat dilihat kerana keadaan mayat sudah kembung,” katanya.

Beliau berkata kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Ismail berkata, dalam masa sama pihak polis memohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai mangsa atau ada saudara-mara yang hilang dengan menghubung­i Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222 atau mana-mana balai polis berdekatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.