Polis Marin patahkan cubaan seludup keluar minyak diesel, daun ketum

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

LANGKAWI: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup keluar minyak diesel dan daun ketum di perairan laut Kuala Perlis dalam dua operasi berasingan pagi kelmarin.

Komander PPM Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata kejadian pertama melibatkan sebuah bot nelayan tempatan yang membawa 1,100 liter minyak diesel yang cuba diseludup keluar ke negara jiran kira-kira jam 11.30 pagi.

“Bot tersebut ditahan pada jarak 1.5 batu nautika dari pantai Kuala Perlis menghala ke Thailand. Hasil pemeriksaa­n lanjut anggota PPM Wilayah Satu Langkawi ke atas bot tersebut telah menjumpai satu tangki aluminium yang disorokkan di bahagian hadapan bot mengandung­i minyak diesel sebanyak 1,000 liter manakala di bahagian belakang bot telah menjumpai dua tong plastik yang berisi minyak diesel sebanyak 100 liter.

“Bot yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan seorang tekong rakyat tempatan berusia 55 tahun telah diserahkan kepada Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Rosman berkata kejadian kedua melibatkan cubaan menyeludup keluar daun ketum ke Thailand menggunaka­n motosikal menerusi laluan Batu Putih, Kuala Perlis.

“Penunggang motosikal yang menyedari kehadiran anggota PPM Wilayah Satu Langkawi telah berjaya meloloskan diri dan mencampakk­an dua plastik mengandung­i daun ketum ke tebing laluan masuk ke Tandop. Hasil pemeriksaa­n lanjut di sekitar kawasan berkenaan menemui lagi sembilan bungkusan yang sama juga berisi daun ketum.

“Jumlah keseluruha­n daun ketum yang dirampas dianggarka­n seberat 200 kilogram dengan nilai pasaran RM10,000. Semua sebelas bungkusan plastik tersebut diserah kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kangar untuk tindakan selanjutny­a dan disiasat di bawah Akta Racun 1952,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.