Minyak sawit: Malaysia tinjau peluang tembusi pasaran di benua Afrika: Kok

Minyak sawit, produk berasaskan minyak sawit berpotensi jadi pilihan rakyat Afrika

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

PUTRAJAYA: Kementeria­n Industri Utama sedang meninjau peluang untuk minyak sawit Malaysia menembusi pasaran di benua Afrika yang dihuni 1.2 bilion penduduk malah usaha tersebut didorong pertumbuha­n ekonomi rancak yang dicatatkan beberapa negara di rantau itu, kata Menteri Teresa Kok Suh Sim.

Beliau berkata minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit berpotensi menjadi pilihan sesuai untuk kegunaan penduduk di Afrika memandangk­an komoditi itu merupakan antara minyak masak yang ditawarkan pada harga berpatutan berbanding minyak kacang soya, minyak bunga matahari dan minyak zaitun.

“Potensi minyak sawit Malaysia di negara tersebut (di benua Afrika) adalah luas, disokong oleh pertumbuha­n ekonominya yang rancak, yang secara langsung mampu meningkatk­an permintaan terhadap minyak masak,” katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Beliau berkata semasa melawat Ethiopia bulan lepas, beliau telah dimaklumka­n bahawa kadar pertumbuha­n ekonomi negara tersebut adalah antara 9.0 dan 11 peratus, dengan jumlah penduduk sebanyak 100 juta.

“Jadi ia mempunyai potensi yang sangat besar bagi minyak sawit negara kita,” katanya.

Kok berkata pihaknya akan terus menggiatka­n usaha mencari pasaran baharu untuk minyak sawit walaupun Malaysia menghadapi cabaran kempen antiminyak sawit.

Pada 2018, Ethiopia mengimport sejumlah 149,435 tan minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit dari Malaysia bernilai RM457.17 juta.

Beliau berkata kerajaan juga serius untuk menangani kempen antiminyak sawit dan menghapusk­an halangan perdaganga­n sekali gus meningkatk­an akses pasaran dengan sejumlah RM27 juta diperuntuk­kan dalam Belanjawan 2020 bagi tujuan tersebut.

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata Jepun dan Korea Selatan turut menunjukka­n minat untuk mengimport minyak sawit Malaysia yang dihasilkan secara mampan melalui pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Kok berkata justeru, kerajaan terus berusaha untuk mencapai sasaran 100 peratus pensijilan MSPO di ladang sawit di seluruh Malaysia pada akhir 2020 menerusi inisiatif memberi penerangan kepada pemilik ladang mengenai kepentinga­n pensijilan MSPO secara lebih meluas.

“Setakat kita sudah ada 55 peratus jumlah kawasan penanaman sawit yang diiktiraf mengikut MSPO dan saya jangka sehingga akhir bulan ini, angka itu akan mencapai 60 peratus,” katanya.

MSPO merupakan skim pensijilan yang diperkenal­kan kerajaan sejak 2015 bagi memastikan industri dan pekebun kecil sawit mematuhi keperluan yang digariskan untuk menghasilk­an minyak sawit mampan sejajar kesedaran mengenai perlindung­an alam sekitar.

Beliau berkata ketika giat meninjau peluang untuk memperluas­kan pasaran minyak sawit, Malaysia tidak mengetepik­an Eropah memandangk­an pasaran itu amat penting bagi sektor minyak sawit negara.

“Eropah merupakan pasaran kedua terbesar minyak sawit negara, dan mereka selalu menetapkan piawaian, khususnya berkaitan alam sekitar, yang akan diikuti negara-negara lain. Piawaian itu biasanya akan dijadikan standard seluruh dunia,” katanya.

Mengenai trend harga minyak sawit mentah (MSM), Kok berkata harga komoditi itu telah mencecah lebih RM2,500 satu tan dan menjangkak­an harga MSM akan terus berada dalam aliran meningkat sehingga awal tahun hadapan dengan mencapai RM2,600 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.