Kenanga Research naikkan penarafan sektor perladanga­n kepada ‘neutral’

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Kenanga Research menyemak semula unjurannya bagi sektor perladanga­n kepada ‘neutral’ daripada ‘underweigh­t’ berikutan terdapat peningkata­n tanda-tanda ke arah kemungkina­n pertumbuha­n permintaan minyak sawit mentah (MSM) melebihi pertumbuha­n pembekalan.

Firma penyelidik­an itu dalam mengemas kini unjurannya terhadap sektor itu semalam turut menyemak semula unjuran harga MSM kepada RM2,100-2,400 satu tan metrik daripada RM2,0002,200 satu tan metrik.

“Pengeluara­n MSM dijangka menurun kesan daripada musim kering awal tahun ini dan langkah pengurusan kos seperti penguranga­n aktiviti pembajaan dan penanaman pokok baharu.

“Sementara itu, permintaan MSM dijangka kekal kukuh didorong pelaksanaa­n mandat biodiesel di Malaysia dan Indonesia seperti yang dijangkaka­n serta permintaan kukuh daripada China disebabkan berlakunya wabak demam babi Afrika,” katanya.

Katanya pelaksanaa­n mandat B30 di Indonesia dan Malaysia yang menyasarka­n B20/ B10 bagi sektor pengangkut­an dan perindustr­ian dianggarka­n akan meningkatk­an penggunaan MSM kepada tambahan 3.6 juta tan metrik lagi bagi biodiesel sahaja.

Pada 10.52 pagi, kaunter berkaitan perladanga­n termasuk Hap Seng Plantation tidak berubah pada RM1.52 dengan 32,600 saham diniagakan, dan, FGV naik dua sen kepada RM1.17 dengan 6,312,600 saham diniagakan manakala Kuala Lumpur Kepong susut 14 sen kepada RM22.78. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.